Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Apa Nak Buat Bila Rasa ‘Down’ Lepas Tengok Bentuk Badan Sendiri?

Berbanggalah dengan diri sendiri.

Published

on

Bentuk badan dan kecantikan wajah adalah perkara yang seringkali bermain dalam fikiran wanita lebih-lebih lagi dalam kalangan yang sudah berkahwin dan bersalin. Tubuh badan mereka berubah 360 darjah.

Tidak kurang juga bagi kaum lelaki, perut yang kempis menjadi menggeleber dan buncit. Pinggang yang dahulunya ‘steady’ menjadi kembang, badan yang kurus menjadi gempal. Belum lagi bila lihat dari aspek dalaman. Misalnya, lihat orang lain lebih bijak atau bahagia sehingga cenderung merasa diri ini ‘kecil’.

via GIPHY

Mungkin ada sesetengah daripada kita mengatakan mereka ini golongan yang tiada usaha untuk mencantikkan diri tapi cuba bayangkan kalau mempunyai anak yang ramai, kerja di pejabat bertimbun, balik rumah nak masak untuk keluarga pula, nak berehat lagi. Bila waktu untuk menguruskan diri sendiri?

Itu yang wujud simptom bila berdiri depan cermin, rasa diri ni banyak kekurangan. Kalau perasaan ini sering dibawa boleh mendatangkan kesan buruk. Misalnya, depresi.

via GIPHY

Untuk mengelakkan perkara ini menjadi teruk, kami ambil kesempatan dalam artikel kali ini untuk memberi sedikit nasihatkan dan kongsi beberapa tip.

Bila anda rasa tubuh badan anda tak cantik, cuba gunakan spiritual communication dengan mengingat bahawa badan anda:

  1. Mampu membantu anda menguruskan kerja rumah.
  2. Tangan anda mampu masak untuk keluarga.
  3. Pengalaman anda boleh memberi nasihat buat anak-anak.
  4. Jari jemari anda mampu melakukan sesuatu yang anda suka.
  5. Badan anda mampu berlari dan menari untuk menghiburkan hati anda.
  6. Suara anda mampu menyanyi menghiburkan anak-anak dan mengisi hari mereka.
  7. Lidah anda mampu merasa hidangan untuk keluarga supaya mereka dapat makan dengan berselera.
  8. Bahagian bibir pula mampu memberi senyuman yang menenangkan untuk anak-anak ketika mereka gusar.

via GIPHY

Paling penting sekali, anda mempunyai hati yang sangat baik kerana sukarela untuk lakukan semua urusan keluarga dan rumah tanpa meminta balasan dari segi wang ringgit.

Malah, mempunyai hati yang penuh kasih sayang untuk dicurahkan kepada orang sekeliling.

Berbanggalah dengan diri sendiri kerana anda mampu menggalas tanggungjawab ini untuk menjaga amanah Allah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hamilton tayang badan ‘sado’

Berdendam Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Kesihatan Badan

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement