Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Anak Mengadu Sakit Kepala, Rupanya Ada Pendarahan Di Otak! Ini Langkah Awal Ibu Bapa..

Hargai selagi anak masih ada.

Published

on

Kanak-kanak dalam usia 5 ke 10 tahun berada di dalam fasa aktif dan suka bermain. Ada sesetengah mereka terlalu lasak sehingga tidak mampu dikawal ibu bapa. Berlari, memanjat dan terjatuh mungkin perkara biasa bagi sesetengah budak. Namun, penting untuk anda pantau agar kecederaan serius dapat dielakkan.

Perkongsian seorang doktor ini membuka mata ramai ibu bapa apabila aduan sakit kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun akhirnya membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

“Beberapa tahun lepas pernah saya dirujuk kes kanak-kanak yang pengsan di dalam kereta.

Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Kanak-kanak lelaki ni dah besar, usia 9-10 tahun.  Dalam kereta dia mengadu sakit kepala, dengan segera maknya tolong urutkan. Tapi sakit tu makin menjadi-jadi.

Foto: Gambar hiasan

Sampai satu masa dia menjerit-jerit bagaikan orang gila di dalam kereta. Dipukul-pukul kepalanya sendiri sampai mak ayahnya jadi panik.  Tak pernah dia berkelakuan macam tu. Dengan segera ayahnya menukar haluan perjalanan ke hospital terdekat.

Bila tiba di Jabatan Kecemasan, dia dah tak sedarkan diri.

Selesai ujian CT scan, barulah tahu dia ada pendarahan yang banyak di dalam otak. Doktor terangkan ia disebabkan oleh satu keadaan di dalam otak dipanggil Arteriovenous Malformation (AVM).

Maksudnya kanak-kanak ni ada gumpalan salur darah yang tak normal dalam otak. Berita buruknya, ia boleh pecah pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku pada beliau.”

Ada kanak-kanak yang terus ada pendarahan otak begini. Namun ada juga yang mengadu tanda-tanda lain sebelum berlaku pendarahan otak seperti:

  • Sakit kepala yang amat
  • Sawan
  • Penglihatan kabur
  • Kebas anggota badan
  • Lemah anggota badan

Benda begini boleh berlaku pada sesiapa. Cuma bila anak mengadu sakit itu dan ini, mohon sangat supaya kita ambil kisah. Jangan abaikan aduan anak.

Hari ni dia sihat, esok lusa belum tentu. Hargai selagi anak masih ada. Biarlah kita susah sedikit hari ni, yang penting kita tahu yang anak kita sihat.

Baca juga:

Bapa Beri Nama Anak Mipan Zuzuzu, Emaknya Steady Je..

Ibu Ke Kedai, Budak 6 Tahun Seorangan Di Rumah Maut Jatuh Flat

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement