Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Amalkan Corak Pemakanan Ni Untuk Elakkan Buah Pinggang Rosak Cepat

Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali. Barulah betul-betul mengamalkan gaya hidup sihat.

Published

on

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat 106,000 menjelang tahun 2040.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, sebanyak 64 peratus pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis adalah penghidap diabetes.

Jika gagal dikawal dan tidak diberi kesedaran kepada orang ramai, penyakit buah pinggang akan menjadi penyakit utama di Malaysia selain daripada obesiti.

Cuci' buah pinggang anda, bebaskan racun... Jom cuba 5 minuman ini - Famili | mStar

Sumber: thediagnosa

Apa jalan penyelesaiannya? Perlulah amalkan corak pemakanan berikut pada setiap hari. Antara pemakanan yang dapat elakkan dari mengalami masalah buah pinggang adalah…

Makanan buah beri

Selain mengelakkan penyakit buah pinggang, kandungan gizi buahan beri juga mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu menghalang pembiakan sel kanser dan pembentukan tumor dengan pantas.

Segala jenis ikan

Ini kerana ikan kaya dengan protein dan kandungan lemak yang bersifat anti-radangan iaitu kandungan Omega-3 yang boleh melawan penyakit kronik lain seperti penyakit kanser, buah pinggang dan jantung.

Sayur-sayuran

Semua orang dah tahu manfaat sayur-sayuran pada kesihatan. Sekurang-kurangnya makan sayur sehari sekali supaya buah pinggang dapat berfungsi dengan baik dengan pengambilan kadar air yang mencukupi.

15 Healthiest Vegetables - Best Vegetables to Eat Daily

Sumber: goodhousekeeping

Kurangkan garam

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi tapi jangan buang terus pengambilan garam dalam pemakanan harian kerana garam diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan. Cuma kurangkan jumlah pengambilan.

Bukan saja jaga pemakanan tapi kena juga bersenam dengan melakukan pergerakan fizikal sehingga menggeluarkan peluh. Sekurang-kurangnya seminggu tiga kali. Barulah betul-betul mengamalkan gaya hidup sihat.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

KKM kuat kuasa arahan tambah iodin dalam garam

Safuwan mohon maaf isu video tabur garam

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FMS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement