Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

9 Golongan Tidak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Comirnaty Oleh KKM

Tidak semua orang sesuai menerima vaksin ini sebab itu pihak KKM telah mengeluarkan senarai untuk elakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Published

on

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah umumkan bahawa rakyat Malaysia akan mula menerima vaksin COVID-19 secara berperingkat bermula penghujung bulan ini. Pelbagai reaksi masyarakat telah diterima kerana ada yang tidak sabar, ada yang takut, ada juga masih keliru siapa yang akan terima vaksin ini dan ada juga yang menolak untuk terima vaksin ini.

Bagaimanapun, bersamalah kita beringat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kerajaan adalah sebagai satu usaha untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, vaksin adalah pilihan terbaik untuk mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus merebak dalam sesebuah komuniti.

Namun, KKM kemudiannya ada menjelaskan bahawa tidak semua orang akan sesuai menerima vaksin yang bakal kita gunakan iaitu Corminaty, keluaran Pfizer. Hal ini kerana kesihatan setiap individu adalah berlainan dan kemungkinan untuk vaksin ini memberi kesan sampingan kepada mereka yang tidak sesuai amatlah tinggi.

Vaksin Comirnaty

Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan berlaku di kalangan masyarakat pihak KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.

Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:

  1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.
  3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.
  5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.
  6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
  9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)

Kami berharap penjelasan di atas dapat membantu mengurangkan kekeliruan jika ada. Semoga vaksin kali ini dapat membantu kita kembalikan kehidupan sebelum COvid-19 melanda Malaysia. Bagaimanapun, kita haruslah terus mengamalkan penjarakan fizikal dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Ingat ya, #kitajagakita.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kerajaan lulus pendaftaran bersyarat vaksin COVID-19 Pfizer

Bakal Diagihkan Awal Mac, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Percuma Daripada Kerajaan

 

 

Sumber: KKM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement