Gaya Hidup
7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online
Jual barang pelik pun orang tetap beli juga.. Apooo??
Sejak virus Covid-19 melanda Malaysia, ramai sudah mula bijak untuk membeli secara atas talian atau bahasa mudah ‘sis beli online je‘.. Daripada anak, emak ayah dan atuk nenek juga sudah makin pantas membeli-belah secara online. Tidak janggal lagi bila setiap hujung minggu abang courier singgah rumah tekan hon, pon pon!
Dan tidak hairan juga jika ada yang sudah mula berkenalan dengan abang courier…setuju?
Sekarang boleh dikatakan semua benda boleh dibeli secara online. Daripada baju, barang dapur basah dan kering, sofa, lampin anak dan sebagainya. Tapi pernah atau tidak anda terjumpa barangan pelik yang dijual secara online? Iya, memandangkan semua benda boleh dijual secara online.. hari ini kami akan kongsikan beberapa barangan pelik dan tidak masuk akal yang dijual secara online dan ada antaranya sudah terjual!
Air Wuduk
Aneh tapi benar, air wuduk ini dijual secara online di Indonesia dengan harga RM4 sahaja. Apabila barang yang dijual ini tular, ramai netizen mula mengecam penjualan tidak masuk akal itu dan ada juga yang teringin membelinya. Mungkin keunikannya buatkan orang ramai tertanya-tanya dan ingin tahu. Si penjual berkenaan turut menyenaraikan khasiat air wuduk tersebut dengan menyatakan ia boleh mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan tanda penuaan, mencegah mengantuk dan membuatkan wajah basah. Tapi memang akan basahlah muka bila kita siram dengan air betul tak? Makin kreatif orang zaman sekarang ya..
Lelaki jual kehidupannya
Ini berita benar.. Seorang lelaki British mahu menjual seluruh kehidupannya selepas bercerai dengan pasangannya. Penceraiannya telah membuatkan lelaki ini nekad untuk menjual segala yang dimiliki termasuklah rumah, kereta dan juga pekerjaannya untuk memulakan hidup baru. Kehidupannya dijual dengan harga £192,276 bersamaan RM1,049,068.60 Wow!
Lelaki ini kemudiannya berjaya mengeluarkan sebuah buku dan telah membeli pulau idamannya.
Air kencing serigala
Ada ke yang nak beli? Air kencing serigala ini digunakan untuk menakuti haiwan lain termasuklah pemburu. Katanya dengan menyiram air kencing ini di sesuatu kawasan di dalam hutan, haiwan-haiwan lain dan pemburu akan beranggapan bahawa wilayah tersebut telah dikuasi oleh serigala. Alamak.. benda macam ini pun boleh jual ya?
Peranti pengesan UFO
Bagi mereka yang berminat untuk kaji tentang UFO dan makhluk asing, alat ini mungkin menarik minat anda! Peranti pengesan UFO dan makhluk asing ini dikatakan dicipta menggunakan teknologi canggih masa kini dan ia mampu untuk mengesan kewujudan dan keberadaan makhluk asing dan UFO. Apa yang menarik, harganya mampu milik iaitu lebih kurang RM314 sahaja. Pada pendapat anda, berbaloi ke kalau beli?
Gula-gula getah Britney Spears
Kalau kita ada minat kepada seseorang selebriti, apa sahaja tentangnya kita nak tahu dan miliki. Bagi peminat setia Britney Spears, mereka boleh beli gula-gula getah ini. Ia berharga £335.67. Seorang individu mengutip gula-gula getah yang dikunyah oleh Britney di perkarangan London’s Sanderson Hotel dan anda jangan terkejut, ini bukanlah satu-satunya barang peribadi milik penyanyi ini dijual.
Barangan lain:
-
Helaian rambut Britney harga £512,500 telah berjaya dijual
-
Sisa egg-salad sandwich yang dimakan oleh Britney berjaya dijual dengan harga £238.77
Replika Sut Angkasawan
Jika anda pernah bercita-cita nak jadi seorang angkasawan, mungkin boleh cuba beli sut ini untuk dapatkan feel.. jadi laa daripada tak merasa langsung betul tak? Bukan mudah untuk menjadi seorang angkawasan.. mungkin sebab itu sut ini dijual untuk berikan mereka kepuasan untuk berangan seketika.
Baca juga artikel menarik lain:
Barang Beli Online Pecah? Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Sambil Shopping Pun Boleh Buat Duit. Ini Caranya!