Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

6 Kisah Manusia Makan Daging Manusia Paling Ngeri Di Dunia

Sedap sangat ke?

Published

on

Sebenarnya kisah manusia makan daging manusia atau ebih dikenali sebagai kanibal sudah ada sejak zaman dahulu lagi. Difahamkan pada zaman dahulu ada banyak suku pedalaman yang memakan sesamanya dan hal itu diakibatkan oleh berbagai faktor yang mendesak. Ketika itu, demi mengatasi kelaparan yang memuncak dan atas tujuan menyelamatkan diri, akhirnya mereka menjadi kanibal.

Mengikut logik akal, dahulu mereka tinggal di dalam hutan dan belum lagi ada fahaman agama yang mereka terima jadi memakan daging manusia adalah perkara biasa kepada mereka. Selepas dunia mula maju dan ke depan, masyarakat mula membangun dan mampu memperoleh pembelajaran dengan lebih luas.

Kanibal atau kanibalisme adalah sukar untuk diterima pada masa ini lebih lagi di zaman moden. Walaupun sekarang kita jarang dengar lagi kisah pemakan daging manusia ini namun jangan terkejut kerana mereka masih ada! Hari ini kami akan kongsikan beberapa kisah kanibal yang mengerikan di dunia.

Lloyd Bagtong

Lloyd Bagtong

Lelaki yang bernama Lloyd Bagtong berusia 21 tahun ini tinggal di Baragay Casibole, Filipina. Lloyd memakan otak seorang wanita hanya kerana dirinya lapar. Menurut laporan, Lloyd telah mengaku salah atas tindakannya. Apabila dia melihat wanita tersebut di sebuah kawasan perkuburan, kemudian dia bertindak memukul kepala wanita tersebut sehingga pengsa dengan alat pemotong rumput. Kemudian dia memenggal kepala wanita tersebut dan ambil otaknya untuk di masak. Katanya, dia menjamah otak tersebut bersama nasi dan siap tambah nasi!

Li Zheng Hua

Li Zheng Hua

Tergamak seorang ibu makan tangan anaknya sendiri! Si ibu yang bernama Li Zheng Hua telah melahirkan seorang bayi lelaki. Kejadian itu terjadi apabila bayinya dikenalkan kepadanya setelah dia sedarkan diri. Namun, setelah dia dan anaknya ditinggalkan dalam bilik, Zheng Hua gigit salah satu pergelangan tangan anaknya sendiri. Akibat tindakannya itu, dia terus dipisahkan dengan anaknya. Bayinya itu mengalami luka dan lebam pada pergelangan tangan. Menurut laporan, Zheng Hua sebenarnya mengalami penyakit mental sejak diusir ibunya dari rumah kerana hamil di luar nikah. Kesiannya!

Sumanto

Sumanto

Pada  tahun 2003, Sumanto telah mencuri mayat saeorang nenek bernama Mbah Rinah, lalu memakan daging jenazah itu. Sumanto melakukan perkara itu kerana dia sedang mendalami ilmu hitam di bawah bimbingan seorang “guru”. Menurutnya, dengan memakan daging mayat akan membuatkan tubuhnya menjadi kebal, tidak akan terluka dan dapat ketenangan batin. Sumanto tahu mengenai ajaran sesat ini semasa dia merantau ke Lampung pada tahun 1988. Sumanto mengaku dia telah makan tiga manusia di Lampung dan kampung halamannya. Katanya, daging tersebut rasa seperti daging babi.

William Seabrook

William Seabrook

William Seabrook ialah seorang wartawan New York Times. Dia juga merupakan seorang penulis buku dan dalam salah satu bukunya yang berjudul Jungle Ways mengisahkan tentang perjalanannya ke Afrika Barat dan bertemu suku Guere. Suku terasing ini mengamalkan kanibalisme. Sepanjang kajiannya tentang suku kaum ini telah membuatkan William teringin nak rasa daging manusia. Akhirnya, dia mengikuti salah satu ritual kanibalisme suku tersebut. Menurutnya, daging manusia rasanya sama seperti daging lembu.

Peter Bryan

Peter Bryan telah disahkan sakit jiwa oleh doktor setelah membunuh anak majikannya pada tahun 1993. Selepas 9 tahun berada rumah sakit jiwa, Peter berjaya melarikan diri ketika dipindahkan ke rumah sakit lain. Difahamkan, Peter membunuh mangsa pertamanya dengan menggunakan gergaji dan pisau. Seterusnya dia memanggang otak mangsa bersama mentega dan katanya ia terasa sangat enak seperti daging ayam.  Tidak lama selepas itu, pada tahun 2004 Peter telah membunuh seorang lagi untuk dijadikan hidangannya namun niatnya terbantut apabila dia tindakannya berjaya dihentikan.

Omaima Nelson

Omaima Nelson

Omaima Nelson ialah seorang wanita Mesir yang berpindah ke Amerika Serikat pada tahun 1991. Seterusnya dia telah berkahwin dengan William Nelson. Namun, perkahwinannya yang disangka bahagia itu hanyalah mimpi sahaja. Menurut Omaima, suaminya itu telah melakukan perkara yang tidak baik dan akhirnya, diusia 3 minggu perkahwinannya Omaima membunuh suaminya. Untuk menghilangkan jejak, Omaima menggoreng jari, merebus kepala dan memanggang tulang dada suaminya.Menurutnya, daging manusia sangat manis dan sedap.

Macam-macam perangai manusia ya. Harapnya orang yang makan daging manusia tidak lagi ada di masa kini, risau pula keselamatan diri dan keluarga.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

5 Acara Sukan Aneh Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Kejadian Aneh ‘Angelo 727’ Yang Hilang Dalam Sekelip Mata

 

Sumber: Tribun News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement