Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

5 Petua Mudah Untuk Rambut Tumbuh Lebih Panjang, Kuat Dan Cepat

Cuba dulu petua mudah ini…

Published

on

Rambut ni tak kira kaum perempuan atau lelaki memang boleh dianggap sebagai ‘mahkota’ penting kepada seseorang. Bila nak bersiap untuk keluar tu, masa yang dihabiskan untuk mendandan rambut pun boleh tahan lama. Tapi ada masanya lepas kita potong rambut kita rasa macam nak cepat-cepat je rambut ni tumbuh. Ada juga yang rambut tumbuh panjang tapi cepat gugur pula. Jadi kalau anda mencari petua rambut tumbuh lebih panjang, kuat dan cepat, boleh ikut cara ni.

Jangan Kerap Syampu Rambut

Sewaktu kecil kita mungkin tidak diberitahu sekerap manakah sepatutnya kita harus mencuci rambut kita. Disebabkan itu, kita pun mencuci rambut pada setiap hari. Sebenarnya, kulit kepala kita akan mengeluarkan minyak alami secara semula jadi yang mana ia amat diperlukan bagi memperbaiki dan menyihatkan rambut. Jadi bila kita syampu rambut setiap hari, ia menghilangkan minyak alami tersebut dan seterusnya akan melemahkan dan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi tidak sihat.

Kekerapan mencuci rambut sepatutnya dilakukan sekurang-kurang 2-3 hari sekali. Selain itu, sebolehnya elakkan mencuci rambut menggunakan air panas kerana ia akan melambatkan proses pertumbuhan rambut.

Trim Rambut Secara Berjadual

Nak rambut cepat panjang tak semestinya perlu hindarkan lawatan anda ke salun. Apa yang boleh dilakukan adalah trim rambut sekurang-kurangnya 3-4 bulan sekali. Ia dapat membuatkan rambut lebih cepat panjang dan kurang rambut bercabang. Tapi tak perlu trim banyak, hanya 2-3 inci hujung rambut sahaja.

Kurangkan Ikat Rambut

Mungkin anda akan berasa lemas dengan rambut yang panjang dan jalan mudah adalah mengikat rambut anda. Hal ini masih boleh dilakukan, cuma jangan terlalu kerap mengikat rambut dengan ketat sehingga menarik permukaan kulit kepala.

Bila diikat ketat, akar rambut anda akan melemah dan pori-pori rambut pula akan tersumbat. Selain itu, pengaliran darah menjadi tidak lancar dan sumber darah ke kulit kepala akan berkurangan dan akan melambatkan proses pertumbuhan rambut. Disarankan untuk mengikat rambut secara longgar dan menggunakan getah rambut yang lembut.

Gunakan Perapi Rambut

Perapi rambut bagus digunakan selepas mencuci rambut kerana ia dapat melembapkan folikel rambut dan rambut akan terasa lebih halus serta tidak kusut. Selain itu, ia juga mampu mengelakkan dari rambut anda menjadi bercabang. Pemakaian secara konsisten akan membuatkan rambut anda lebih cepat panjang dan akan menghindarkan rambut daripada menjadi kering.

Amalkan Pemakanan Diet Sihat

Jangan tidak percaya dengan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien diperlukan badan, rambut anda boleh tumbuh lebih cepat dan kuat. Sekiranya anda kekurangan mineral, vitamin, dan protein tertentu, proses pertumbuhan rambut anda mungkin akan menjadi perlahan. Jadi, untuk membuatkan rambut anda tumbuh pada tahap optimum, anda memerlukan makanan yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging, ikan dan telur. Kesemua makanan ini bagus untuk rambut kerana mempunyai asid amino yang kaya dengan sulfur yang berfungsi untuk pertumbuhan sel rambut baru.

Rambut yang sihat bermula dari akarnya, dan lain orang lain masalah yang ada pada kulit kepalanya. Jadi kalau masalah masih tidak selesai, bertemulah dengan ahli trikologi terlatih untuk mengetahui kondisi kesihatan kulit kepala anda. Dari situ, barulah rawatan secara individu dapat dilakukan dengan menggunakan produk dan bahan yang sesuai.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Masalah Perut Buncit? Ikut 5 Langkah Berkesan Untuk Kempiskan Perut

Lelaki Ini Relakan Diri Jadi ‘Punching Bag’ Untuk Perolehi Pendapatan Lumayan

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement