Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

5 Menara Pencakar Langit Terbengkalai

Buat menara tinggi-tinggi lepas tu tinggalkan..

Published

on

Di Malaysia setakat ini menara berkembar Petronas dan TRX merupakan dua menara yang tertinggi di Malaysia. Namun tahukah anda, sebenarnya ada satu lagi menara yang lebih tinggi daripada kedua-duanya? Menara yang masih dalam pembinaan ini dikenali sebagai Merdeka 118 dan ia adalah milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dijangka bakal siap dibina pada tahun hadapan.

Menara tertinggi di dunia pula ialah Burj Khalifa yang sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai. Ia mempunyai had ketinggian 2721 kaki tinggi yang di luar jangkaan dengan 163 tingkat. Apa yang menarik tentangnya adalah kita boleh melihat bentuk bumi yang bulat apabila berada di puncak menara dan ia hanya mengambil masa lima tahun untuk dibina.

Hari ini kami nak kongsikan kepada anda 5 buah menara pencakar langit yang telah ditinggalkan terbengkalai tanpa penghuni. Kisah menara-menara ini mungkin akan buat anda tertanya mengapa ia dibiar sedangkan ia mungkin boleh termasuk dalam top 10 kategori menara atau bangunan tertinggi di dunia.

Torre David

Torre David adalah satu ditinggalkan sebagai peringatan bahawa tidak ada yang baik kekal selamanya. Berdiri teguh setinggi 190 meter, ia sebenarnya adalah sebuah kompleks perbankan di Caracas yang diinspirasikan oleh David Brillembourg peneraju pembangunan Centro Financiero Confinanzas pada tahun 1980-an. Selepas kematiannya, projek pembinaan bangunan ini hadapi masalah kewangan sehinggakan terpaksa dihentikan. Sekarang, ini telah menjadi rumah setinggan tertinggi di dunia yang didiami lebih 5000 orang.

Menara Plaza

Bangunan ini sepatutnya menempatkan pejabat, pangsapuri penthouse, restoran, bank, kelas kesihatan, heliport dan dek pemerhatian. Namun, ia ditinggalkan begitu sahaja. Sebab utamanya ialah kerana pemilik bangunan itu muflis. Seterusnya, akibat lokasi dan rekabentuk yang kurang menarik, bangunan ini terus dibiarkan terbengkalai begitu sahaja.

Menara Sathorn Unique

Bangunan yang terletak di Thailand ini sangat terkenal dengan kisah mistik dan seramnya. Namun, ia tetap menjadi salah satu tempat kunjungan yang popular di sana. Ia dibina semasa krisi kewangan yang teruk di Asia Timur yang telah menjadikan mata wang Thailand rendah. Kini, bangunan tersebut telah dihuni oleh para gelandangan.

Menara Book

Bangunan ini diberi nama oleh syarikat Book Broters yang mempunyai cita-cita membuat transformasi mengukar kawasan Washington Avenue di Detroit menjadi sebuah bandar moden pada ketika itu. Akibat salah melantik arkitek untuk merekabentuk pencakar langit itu, ia hanya jadi kenangan sahaja.

Menara Burj el Murr

Pembinaannya dihentikan dan ia dibiar terbengkalai ketika bermulanya Perang Saudara Lubnan. Lokasinya yang terletak di atas bukit membuatkan ia menjadi titik panas untuk berperang antara tahun 1975 dan 1977 yang dikenali sebagai ‘Pertempuran Hotel’. Hal ini kerana pejuang dari semua pihak ambil posisi dari bangunan hotel di kawasan tersebut dan mula lakukan serangan balas tembakan. Strukturnya yang kukuh menjadikan ia lokasi yang paling strategik untuk penembak tepat menyorok dan lepaskan tembakan. Kini, ia masih teguh berdiri walaupun banyak kesan lubang dan kerosakan.

 

 

Baca juga:

Fakta Buat Penggemar Pedas

Fakta Mengejutkan Mengenai Individu Berdarah ‘O’

 

 

 

 

 

Sumber: Daily Mail, The Atlantic

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement