Connect with us

Gaya Hidup

Walaupun Raya PKP, Ini 5 Lagu Raya Nostalgia Yang Masih ‘Trending’ Sepanjang Zaman

Walaupun lagu raya semakin banyak dan artis-artis baru hasilkan lagu terbaharu, namun mungkin ada yang masih minat lagu lama dan jadikan ia pilihan utama.

Published

on

Tahun 2021 sekali lagi kita akan beraya dengan norma baharu. Tidak dinafikan ini bukanlah satu situasi yang digemari oleh umat Islam untuk menyambut Syawal namun kita sebagai rakyat Malaysia tiada pilihan lain dan inilah satu cara untuk kita putuskan rantaian Covid-19. Walaupun raya tahun ini kita tidak dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri malah tiada sesi ziarah dari rumah ke rumah dibenarkan, tetapi raya tetap raya!

Syawal akan tiba tidak lama lagi dan semestinya kita haruslah bersemangat untuk menyambut  Hari Raya Aidilfitri. Geng mak-mak pastinya sudah mengarahkan anak-anak untuk bantu kemas rumah sebagai salah satu persiapan raya. Sambil kita mengemas, apa yang anda boleh lakukan? Pastinya pasang lagu raya untuk naikkan mood raya!  Walaupun lagu raya semakin banyak dan artis-artis baru hasilkan lagu terbaharu, namun mungkin ada yang masih minat lagu lama dan jadikan ia pilihan utama. Bak kata pepatah, lagu raya lama ini ibarat tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas.

Jom kami kongsikan antara 5 senarai lagu raya nostalgia yang mungkin anda minati!

Baca artikel lain: 6 Cara Kekalkan Mood Raya PKP 2021

Dendang Perantau – P Ramlee

Lagu ini sangat sesuai ketika musim PKP kali ini. Anak-anak yang berjauhan dengan mak ayah yang berada di kampung pasti terkesan apabila mendengar dendangan lagu raya ini. Lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, legenda sepanjang zaman ini mengisahkan tentang kenangan lama yang tak akan berulang lagi. Fuh, sedih sis!

Selamat Hari Raya – Saloma

Lagu seterusnya pula adalah dendangan dari Allahyarhamah Puan Sri Saloma, juga isteri kepada Allahyarham P Ramlee. Lagu raya yang meriah ini akan bantu kita jadi lebih bersemangat untuk sambut raya dan rasa lebih ceria untuk sambut hari raya PKP!

Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Lagu dari penyanyi nombor satu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya sayu untuk di dengar. Di musim PKP yang tidak dibenarkan rentas daerah dan negeri ini membuatkan kita lebih mudh tersentuh terkenangkan kampung halaman. Kalau dengan berulang kali pastinya akan tersedu.

Suatu Hari Di Hari Raya – M Nasir

Lagu dendangan sifu M Nasir pula adalah tentang tanda kebesaran Allah pada kemenangan selepas sebulan berpuasa. Lagu ini juga mengajar kita bersyukur dan rasa gembira dapat bertemu ibu bapa tersayang raya bersama. Jangan lupa video call mak ayah jika anda beraya jauh daripada mereka ya, kesian mereka beraya di kampung tanpa anak-anak.

Salam Aidilfitri – Datuk Jamal Abdillah

Akhir sekali semestinya, lagu raya Datuk Jamal Abdillah! Lagu ini tidak pernah mengecewakan dan sedap di dengar hingga naik bulu roma. Pembukaan lagu ini disampaikan dengan ucapan salam untuk umat islam yang menyambut Aidilfitri. Kalau anda geng bujang, boleh pasang lagu ini untuk rasa lebih bersemangat walaupun tidak dapat balik beraya di rumah mak ayah.

Inilah antara lagu yang tidak lapuk sepanjang zaman. Ada lebih banyak lagi pilihan lagu raya yang masih releven antaranya Balik Kampung, Indahnya Beraya di Desa, dan banyak lagi. Apa lagu raya kegemaran anda? Kongsikan kepada kami.

Baca juga: “Tiba-Tiba Pengumuman Tak Dibenarkan Ziarah” – Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa Tak Dapat Jamu Tetamu Raya Ini

Sumber: YouTube

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement