Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

22 Cara Didik Anak Dengan Betul Menurut Dr. Fadzilah Kamsah

Anak adalah amanah Allah jadi janganlah kasari mereka.

Published

on

Menyentuh perihal mendidik anak, seringkali kita dengar sabda Nabi Muhamad SAW bahawa anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya.

Malangnya, bukan mudah untuk mendidik seorang memenuhi keperibadian yang Mahmudah atas faktor kekangan masa, kerjaya kita sendiri, pengaruh rakan sebaya mereka dan pendedahan teknologi.

Lebih membimbangkan lagi tindakan kita bila berhadapan dengan si kecil apabila emosi dan fizikal kita dalam keadaan penat. Lihatlah beberapa hari ini banyak video viral ibu bapa memukul si kecil yang baru saja belajar sesuatu. Sangat kasihan!

via GIPHY

Sabar itu penting…

Mereka yang tak mempunyai kesabaran yang tinggi, mula akan bertindak meninggi suara dengan anak atau marah-marah sampaikan si kecil lakukan salah sikit, terus naik tangan macam kena rasuk dengan syaitan. Allahu!

Mungkin juga ada di antara kita mengatakan jika tidak pukul akhirnya akan jadi seperti cerita P.Ramlee berjudul Anakku Sazali. Sebenarnya dalam Islam ada adab ketika memukul anak, bukan tak boleh pukul langsung.

via GIPHY

Tip didik anak dari Dr Fadzilah Kamsah…

Apa yang penting jangan sampai tindakan kita membuatkan si kecil tidak menghormati diri kita. Ingat! Mendidik anak jangan garang tapi bersikap tegas. Masalahnya cara yang bagaimana?

Jom kita lihat 22 cara mendidik anak dengan betul yang disenaraikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menenerusi laman akaun Facebook miliknya.

Lagipun, anak ini adalah amanah Allah jadi janganlah kasari mereka sedangkan kita sendiri tidak suka orang lain mengasari diri kita. Ingat! Anak adalah cerminan diri kita.

Semoga anak kita semua membesar dengan memiliki sifat Mahmudah dan positif!

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kalau Anda Nak Tahu, Ini Antara Perkara Yang Selalu Ibu Bapa Buat Bila Dapat Anak Pertama

Bapa Stres Ajar Anak Matematik Sampai Pengsan! Cuba Cara Ini Untuk Kurangkan Stres

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement