Gaya Hidup
Bukan Mahu Takutkan, Tapi Ini Mungkin Punca Pasangan Muda Bercerai
Ingat, penceraian itu jalan terakhir..
Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Bahtera perkahwinan bukanlah selalu indah namun kita sebagai suami isteri seharusnya melengkapi kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain. Setiap perkahwinan ada cabaran yang berlainan untuk pasangan tersebut supaya keduanya boleh belajar dari kesilapan yang munkin dilakukan.
Baru-baru ini, sebuah portal telah berkongsi satu laporan tentang jumlah perkahwinan di Malaysia menurun 1.2 peratus pada tahun lalu berbanding 2018, manakala jumlah perceraian meningkat 12 peratus pada tempoh yang sama. Situasi yang agak pelik tapi ia benar.
Laporan tersebut juga menyatakan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik di laman web dan Twitter mereka, dapatan menunjukkan purata usia perkahwinan bagi lelaki dan wanita masing-masing pada 28 dan 27 tahun, manakala purata perceraian adalah pada 37 tahun untuk lelaki dan 34 tahun untuk wanita.
Justeru itu, team Kool FM Haiza, AG dan Muaz telah bersama Ustaz Rozimi B Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI untuk mengulas isu ini. Meraka telah temui beberapa punca yang mungkin menjadi punca peningkatan jumlah pasangan muda bercerai dan antaranya ialah:
- Kurang Didikan Awal Agama Di Rumah – Namun, bukanlah semua harus diletakkan kepada ibu bapa. Semua pihak haruslah bersama berganding bahu membina insan yang lebih berguna di masa hadapan.
- Mula perbandingan pasangan dengan orang lain – Bila terlalu kerap lihat pasangan lain, kita akan mudah terlupa dan leka kelebihan pasangan sendiri.
- Kurang persediaan mental – Jika emosi kurang stabil, diamkanlah diri buat sementara untuk elakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
- Mengikut trend – Apabila kawan kahwin, diri pun tidak sabar nak kahwin tetapi tiada persediaan diri dan hanya membayangkan keindahan sahaja.
- Masalah kewangan – Tidak pandai menguruskan kewangan keluarga juga salah satu punca. Sebagai ketua keluarga, rangkalah dahulu perbelanjaan bulanan supaya masalah ini mungkin dapat dikurangkan.
Tidak ada sesiapa yang mahu perkahwinan berakhir dengan penceraian tetapi ia bukanlah situasi yang tidak boleh kita elakkan jika ia telah ditentukan illahi. Semoga setiap pasangan suami isteri mampu menghadapi krisis yang dihadapi dengan tenang.
Untuk dengarkan perbincangan lebih menarik, klik saja disini.