Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Nak Cari Side Income PKPB? Ini Barangan Boleh Dijual

Jangan putus asa.. cuba cara ini pula!

Published

on

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan ramai antara kawan-kawan kita mengalami masalah pendapatan. Ada antaranya dipotong beberapa peratus gaji, ada yang gaji ditangguhkan dan ada juga yang diberhentikan kerja. Setiap orang akan alami cabaran tersendiri.

Sejak perlaksanaan ini juga, ramai sudah pandai membeli barangan online. Apa saja boleh dijual dan dibeli di atas talian. Tidak mengejutkan sekarang barangan basah dan sayuran juga boleh dibeli dengan hanya satu klik. Apabila ramai yang lebih gemar membeli barangan online, ini adalah peluang yang cerah untuk kita menjana side income untuk diri dan keluarga.

Jangan risau, ada banyak barangan yang boleh kita jual di atas talian. Jangan takut untuk cuba benda baru dan berkomunikasi secara virtual dengan bakal pembeli anda.

Berikut adalah senarai barangan yang mungkin anda boleh jual:

MAKANAN

via GIPHY

Siapa yang tak suka makan? Jika anda ada kelebihan skill memasak atau baking, mungkin ini cara mudah untuk anda jadikan ia sebagai satu sumber pendapatan. Iklankan di WhatsApp group kawasan rumah, kawan-kawan kerja dan di sosial media anda.

AGEN DROPSHIP

Kalau anda tidak masuk penuhkan satu rumah dengan barangan fikir cara nak pos baju yang dibeli, jangan risau kita jadi agen dropship je! Kebanyakan penjual ada tawarkan orang ramai menjadi agen dropship mereka. Sebagai dropship, kita hanya perlu promosi barangan jualan kita di sosial media dan ambil details pembeli dan kongsikan details tersebut kepada ‘bos’ kita. Kiranya kita ini hanya orang tengah sahaja. Senang kan? Anda boleh jadi agen makanan, pakaian atau barangan.

SERVIS

SantaiD'Rimba: Mesin Potong Rumput

‘Barang’ ini mungkin lebih sesuai kepada lelaki. Anda boleh menjual servis seperti memotong rumput, mengecat rumah atau bersihkan luar rumah. Bekerja dari luar tanpa jumpa pelanggan secara face to face. Servis ini boleh dilakukan dengan mematuhi SOP yang telah disediakan oleh pihak MKN. Segala pembayaran boleh dilakukan secara diatas talian.

Ada pelbagai lagi cara untuk menjana pendapat sampingan. Jika anda terjejas dengan perlaksanaan PKPB kali ini, jangan terus putus asa dan cuba untuk cari alternatif seperti yang tersenarai diatas untuk bangkit semula.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Insentif Galakan Perbelanjaan Kepada Rakyat Perlu Diperbanyakan Untuk Merancakkan Sektor Terjejas

Pendapatan OKU terjejas akibat PKP

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement