Connect with us

Semasa & Hiburan

Maruah Tercalar, Neeta Buat Laporan Polis Terhadap Individu Yang Menyebarkan Video “Salah Parking”

Bukan sahaja individu ini melihatnya dengan cara yang salah, dia turut berkongsikan video tersebut di media sosial dan menularkannya dengan tajuk “Salah Parking”.

Published

on

Hari ini kecoh apabila program nyanyian terbaru “All Together Now” terpaksa dihentikan sementara dek kerana ramai yang mempersoalkan tentang SOP yang dijalankan oleh program berkenaan. Tatkala isu ini masih lagi panas, muncul pula isu tentang salah seorang juri program berkenaan iaitu Neeta.

Baca juga:ย Astro gantung All Together Now Malaysia

Sebelum ini, telah tular sebuah video di laman aplikasi TikTok yang mengaibkan Neeta. Video berkenaan menunjukkan klip pendek Neeta sedang membetulkan bajunya ketika program itu berlangsung. Neeta ketika itu ingin bangun untuk memberikan “standing ovation” kepada salah seorang peserta program berkenaan lalu membetulkan pakaiannya tapi tak sangka ada “mata tajam” yang melihat ke arah lain.

Bukan sahaja individu ini melihatnya dengan cara yang salah, dia turut berkongsikan video tersebut di media sosial dan menularkannya dengan tajuk “Salah Parking”. Hal ini mengaibkan Neeta serta mencalarkan maruahnya sebagai seorang wanita. Neeta turut berkongsikan di laman Instagram miliknya bahawa disebabkan video yang mengaibkan itu tular, dia telah menjadi mangsa kepada “online predators” dan mendapat komen yang menjijikkan.

Terbaru, Neeta mengeluarkan siaran media rasmi bahawa dia akan membuat laporan polis berkaitan isu ini kerana individu terbabit masih berdegil dan tidak mahu memadam video tersebut daripada laman media walaupun sudah diminta untuk berbuat demikian dengan cara yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @neetamanis

Apa yang lebih menggemparkan, Neeta dapati bahawa individu yang tidak bertanggungjawab tersebut adalah seorang pengamal media dan jawatannya juga tinggi di dalam kerjaya yang diceburi. Ini menambah kepada rasa ketidakadilan buat Neeta kerana sebagai seorang pengamal media, individu tersebut sepatutnya mengamalkan etika yang betul.

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan betul bukannya dijadikan sebagai tempat untuk mengaibkan orang lain terutama apabila ia melibatkan maruah orang lain. Semestinya perkara seperti ini memalukan lebih lagi ia tular dan dilihat oleh ramai. Kita harap agar perkara seperti ini tidak lagi terjadi dan semoga Neeta mendapat keadilan.

Baca juga:ย Amyra Rosli Pergi Checkup Dengan Suami, Netizen Tanya “Pregnant Lagi Ke?”

Sumber:ย Neeta

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement