Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Zul Yahya Anti Vaksin & Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan?

Posting Zul Yahya dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.

Published

on

Sebelum ini pernah tular kes suami selebriti, Ina Naim iaitu Suhaimi Saad yang merupakan seorang penolak vaksin tegar dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah demi mengejar hal agama.

Kini pelakon veteran tanah air, Zul Yahya pula tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan wabak berbahaya COVID-19 ini adalah kononnya konspirasi yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam. Malah, posting Zul Yahya dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.

Image

Dalam pada masa yang sama juga, dia mengakui sebagai ibu bapa, dia terpaksa menghentikan anak-anaknya ke sekolah kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhirat.

“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya tanpa menyembunyikan pendangannya.

May be an image of text that says "zulyahya70 kami ibu bapa berhentikan anak2 kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak2 kami lebih berjaya diakhirat kelak insyaAllah Ilmu Akhirat itu lebih penting dari segala2 ilmu Liked by bangniff and 4,004 others"

Menjengah ruangan komen, rata-rata menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.

Malah, ada juga yang mengetengahkan para ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibu Khaldund an Ibnu Sina menuntut ilmu dunia untuk disebarkan kepada generasi akan datang.

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person and text

Semoga kefahaman kita tidak memudaratkan orang sekeliling.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Zul Yahya Terkilan Pekerja Restoran Terbabit Dadah

Bukan Tak Laku Tapi Pertimbangkan Watak Sesuai

 

 

 

 

Sumber: instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement