Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Padam Gambar Seksi, Zizi Kirana Berniat Untuk Berhijab Dalam Masa Terdekat

Zizi, yang berumur 36 tahun itu mengaku sedang dalam penghijrahan untuk berubah menjadi lebih baik. Zizi dilihat seiring perubahan ini, mula memadam gambar-gambar seksinya di Instagram bagi memenuhi permintaan ibunya.

Published

on

Selepas 11 tahun menceburkan diri di dalam bidang musik, nama Zizi Kirana sudah tidak asing lagi bagi dunia hiburan di negara ini. Banyak kejayaan yang telah dicapai olehnya lebih satu dekad ini malah, terbaru, Zizi meraih kemenangan di Anugerah Juara lagu ke-35 (AJL35) di mana lagu nyanyian Eh dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik. 

Di samping elemen-elemen lain, busana mewah yang diperagakan Zizi pada hari tersebut memang cantik sehingga menampakkannya persis seperti legenda dewi Indonesia. Busana yang disuntik elemen tradisional nusantara itu sememangnya padan dengan diri si pemakai.

Penyanyi dari Sabah ini sebelumnya memang terkenal dengan imej seksi. Fesyen yang diketengahkan Zizi adalah trendy dan versatil selari dengan pentas musiknya. Namun, sejak Zizi mula berkolaborasi bersama kumpulan nasyid dan membawa alunan lagu yang berbentuk kerohanian, dia mula menukar imejnya sedikit demi sedikit. Malah, kerap kali Zizi dilihat memakai hijab. Memang nampak anggun dan manis betul.

Zizi, yang berumur 36 tahun itu mengaku sedang dalam penghijrahan untuk berubah menjadi lebih baik. Zizi dilihat seiring perubahan ini, mula memadam gambar-gambar seksinya di Instagram bagi memenuhi permintaan ibunya. Malah, Zizi turut mengaku sudah tidak mempunyai pakaian-pakaian seksi seperti itu.

Dia juga tidak berniat untuk memberi pakaian tersebut kepada sesiapa kerana tidak mahu menggalakkan orang lain melakukan dosa. Kehilangan ramai orang yang tersayang adalah antara sebab yang membuatkan Zizi terdetik hati untuk berubah menjadi lebih baik. 

Memetik laporan daripada sebuah portal, Zizi turut mengulas bahawa dia memang sudah berniat untuk berhijab dalam masa yang terdekat namun perlu menyelesaikan kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini. 

Jelasnya lagi, dia tidak mahu terburu-buru dalam penghijrahan. Biarlah dia berubah secara perlahan-lahan kerana tahu Allah masih sedang menguji. 

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Zizi Kirana. Semoga segalanya dipermudahkan buat Zizi. 

Penulis: Lily

Baca juga:

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi..”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

“Another Level of IG Story” – Nabila Razali Raih Perhatian Wargamaya

 

Sumber: portalhiburan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement