Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“You Left Us Already?” – Sharifah Sakinah Dilihat Sudah Selamat Berada Di Luar Negara, Netizen Doakan Yang Terbaik Buatnya

Apa-apa pun, semoga Sharifah Sakinah selamat dan bahagia di sana di samping orang tersayang…

Published

on

Mungkin ada yang masih teringat dengan kisah dan luahan Sharifah Sakinah yang mengatakan dirinya mempunyai masalah Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus. 

Dia juga turut mengumumkan dirinya akan berehat dari dunia lakonan sementara mendapatkan rawatan di luar negara. 

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Sakinah dilihat sedang melakukan senaman bersama dengan Michael Hansen. Namun, lokasi dia melakukan senaman itu dipercayai bukan di Malaysia. Dalam pada itu, ramai yang bertanyakan di manakah Sakinah berada.

Baca juga: “Tak Rasa Apa Eh, Lelaki Sentuh..”- Netizen Kecam Video Tarian Sharifah Sakinah

“Awak sudah tinggalkan kami semua? Jaga diri dan sentiasa gembira dengan orang yang tersayang Kinah!,” tulis salah seorang peminat Kinah di ruangan komen. 

Walaupun ada yang meneka lokasi Kinah berada, namun tidak ada sesiapa yang dapat memastikannya. 

Sementara itu, rata-rata komen memberi kata semangat buat Kinah dan mendoakan dia bahagia menjalani kehidupan baharu di sana. Kami di sini juga doakan agar Kinah gembira di sana dan sentiasa jaga diri di perantauan. 

Terdahulu Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia sedang dalam fasa untuk merawat masalah kesihatannya, dan memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dialaminya. Dia juga ada mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen dan akan berkahwin pada Mei depan.

Baca juga: [VIDEO] Wan Maimunah Kongsi Kesedihan Tak Dapat Jumpa Anak-Anak Raya Tahun Ni Buat Netizen Bertakung Air Mata

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement