Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Yang Jahat Pasti Menemui Ajal’ – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara

Ni sama macam watak The Punisher…

Published

on

Biasa dalam drama je kita akan jumpa watak orang jahat yang membalas dendam dengan membunuh penjahat yang lain. Kalau dalam dunia sebenar ni memang jarang sangat nak dengar kisah macam tu. Tetapi pekara ni berlaku di Brazil di mana seorang lelaki bernama Pedro Rodrigues Filho yang merupakan seorang pembunuh bersiri telah membunuh penjenayah yang lain. Dia yang dikenali juga dengan nama Pedrinho Matador, telah melakukan 70 kes pembunuhan, di mana 10 kes dilakukannya sebelum mencecah umur 18 tahun.

Boleh dianggap sebagai pembunuh bersiri yang berguna juga sebab banyak menamatkan riwayat penjenayah lain. Dia dikatakan hanya mensasarkan orang yang jahat atau yang buat salah terhadap diri dia atau keluarganya sahaja. Walaupun selepas disiasat orang yang dibunuh itu adalah orang jahat, membunuh tetap menjadi satu kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman.

Kecederaan di Kepala Sejak Lahir

Rodrigues dilahirkan pada tahun 1954 dengan kesan hentakan di tempurung kepala disebabkan ibunya ditendang oleh bapanya semasa mengandungkannya. Rodrigues melakukan pembunuhan pertamanya semasa berumur 14 tahun. Mangsa pertamanya merupakan seorang timbalan datuk bandar. Kes tersebut berlaku selepas bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah dipecat kerana dituduh mencuri makanan di kantin sekolah. Rodrigues yang berang dengan insiden tersebut telah menembak mati timbalan datuk bandar tu menggunakan shotgun. Boleh tahan hati kering juga Rodrigues ni.

Pembunuhan keduanya tidak lama selepas itu apabila dia dapat mencari guard sekolah yang mencuri makanan di kantin sekolah dan terus membunuh guard tersebut. Bila seseorang itu membunuh tanpa rasa bersalah, mungkin lebih baik kita jangan cari pasal dengan dia atau ahli keluarga dia. Namun masih ada orang yang cari pasal dengan Rodrigues dengan membunuh kekasih dia. Kejadian ini betul-betul membuatkan Rodrigues marah dan dia berjanji akan mencari dalang yang bunuh kekasih dia.

Lebih Kepada Balas Dendam

Selepas Rodrigues dapat tahu sekumpulan penjenayah yang bunuh kekasih dia tu, dia pun melakukan misi membalas dendam. Setiap mangsanya diseksa sebelum dibunuh dengan kejam. Tidak lama kemudian dia bunuh bapanya pula, walaupun dia pernah bunuh seorang timbalan datuk bandar untuk mempertahankan bapanya itu. Mungkin nak balas dendam sebab bapanya merupakan pembunuh ibunya. Bapa Rodrigues yang berada di penjara telah dilawati olehnya dan ditikam sebanyak 22 kali. Masa melawat pun sempat membunuh lagi. Jadi selepas itu dia pun dimasukkan ke penjara.

Semasa di dalam penjara, dia tidak berhenti dari membunuh. Dilaporkan seramai 47 orang dibunuh oleh Rodrigues di dalam penjara. Semua yang dibunuh itu adalah yang dirasakan paling layak dapat hukuman oleh Rodrigues. Semasa ditemubual, Rodrigues berkata dia berasa seronok dapat bunuh orang. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 400 tahun, tetapi undang-undang jenayah di bawah kanun keseksaan di Brazil hanya membenarkan penjara maksimum selama 30 tahun sahaja.

Baca juga artikel menarik lain:

Wanita Ini Bertindak Bunuh Dan Simpan Kemaluan Kekasihnya Kerana Terlalu Cinta!

‘Bunuh’ Kekasih Untuk Demi Jumlah Tontonan Video Live Sehingga Tergamak Merakam Kematiannya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement