Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

‘Watch At Your Own Risk’ – Tular Filem Seram Di TikTok Sehingga Membuatkan Ramai Trauma

Pengarah filem pun dah bagi amaran jangan tonton sorang-sorang…

Published

on

TikTok sering menjadi platform untuk melakukan sebarang trend yang baru dan setiap pada minggu mesti ada trend baru yang menjadi tular. Minggu ini topik yang hangat diperkatakan di aplikasi tersebut adalah tentang sebuah filem seram yang bertajuk ‘Megan Is Missing.’

Betul ke seram sangat filem ni sehingga membuatkan sesiapa yang menonton trauma? Filem ini diterbitkan pada tahun 2011, tapi baru sekarang tiba-tiba hangat dipertontonkan sehingga ramai pengguna TikTok berkongsikan pengalaman menonton filem ‘trauma’ itu.

Secara ringkasnya, filem ini merupakan sebuah filem psychological horror arahan Michael Goi. Ia mengisahkan tentang kehilangan seorang pelajar sekolah menengah bernama Megan Stewart. Kemudian kes kehilangan itu disiasat sendiri oleh kawan baiknya, iaitu Amy Herman

Filem ini dikatakan telah diharamkan di New Zealand selepas ia ditayangkan di sana. Ia juga dikritik hebat kerana terlalu menseksualkan keganasan yang berlaku terhadap remaja.

@sade.gravesIt’s so sad and scary and horrible #foryou #meganismissing #movie #crimetok #sad♬ original sound – laura🏴‍☠️

Filem ini mula trending di TikTok dan kebanyakkan yang menontonnya buat pertama kali mengatakan ia sebuah filem yang menyedihkan, menakutkan serta mengerikan. Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang memberi amaran kepada sesiapa yang ingin menonton filem ini kerana ia mampu membuatkan penonton menjadi trauma.

Sementara itu, disebabkan filem ini tiba-tiba meletup di TikTok, pengarahnya turut berkongsikan ‘amaran’ kepada sesiapa yang ingin menontonnya. Michael Goi berkata “jangan menonton filem ini pada tengah malam, jangan menonton filem ini sendirian, dan anda mungkin akan melihat perkara-perkara yang anda tidak mahu lihat.” 

Tambahan lagi, Goi sempat meminta maaf kepada sesiapa yang sudah menontonnya dan memberi amaran kepada yang berniat untuk menontonnya.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenapa Filem P. Ramlee Dihasilkan Dalam Warna Hitam Dan Putih?

Taman Tema ‘Seram’ Ini Dibuka Hanya Setahun Sekali Sahaja

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement