Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Wanita’ Ini Dedah Dirinya Sebenarnya Lelaki, Menyamar Untuk Jana Pendapatan Di YouTube

Lelaki ini mengaku menyamar sebagai seorang wanita dan menghasilkan video di YouTube bagi meraih pendapatan…

Published

on

Dalam era yang melihat kepada media sosial sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan, maka banyak video-video atau content menarik dihasilkan bagi meraih penonton. Semua itu dilakukan demi menjana pendapatan melalui platform yang telah tersedia seperti YouTube. Bagaimanapun, ada juga kandungan yang dihasilkan hanyalah tipu daya semata-mata.

Hal ini dilakukan oleh seorang YouTuber dari Jepun, apabila orang ramai yang melihat video dihasilkannya menyangka dirinya adalah seorang wanita. Bagaimanapun, semua itu hanyalah lakonan semata-mata apabila dia sendiri membuat pengakuan berani mati dengan mendedahkan dia sebenarnya seorang lelaki yang memakai payu dara silikon untuk membuat video seksi. YouTuber yang macam ni pun ada ye. 

Baca juga: YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chiharu, 37 tahun, mendedahkan perkara tersebut selepas nekad untuk tidak terus menipu para pengikutnya. Dia yang mula bergelar YouTuber pada Disember tahun lepas berjaya menarik sehingga 20,000 pengikut yang melanggan salurannya setakat Mac 2021, meskipun hanya mempunyai enam buah video. Bagaimanapun, video yang dihasilkannya itu bukanlah untuk tontonan remaja bawah umur.

Video-video tersebut memaparkan aksi Chiharu yang melakukan rutin senaman malam dengan sudut kamera yang memberi fokus kepada bahagian dada pada setiap masa. Selain itu, Chiharu juga tidak pernah membuka pelitup muka dan tidak pernah bercakap setiap kali menunjukkan wajahnya di hadapan kamera bagi mengelak identitinya terbongkar.

Jelas Chiharu, sebab dia melakukan penipuan tersebut adalah kerana ia merupakan cara paling mudah untuk menjana pendapatan daripada saluran YouTube miliknya. Ekoran pendedahan mengenai identiti sebenarnya, jumlah pengikut di laman YouTube miliknya dilaporkan semakin berkurangan. Harap-harap penipuan yang dilakukan oleh Chiharu ini tidak menjadi ikutan oleh orang lain pula, terutamanya di negara kita.

Baca juga: Lelaki Ini Dakwa Mampu Sembuhkan Penyakit Hanya Dengan Kentut Di Muka Pesakit

Sumber berita: Kosmo & Oddity Central

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement