Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Wanita Ini Bertindak Bunuh Dan Simpan Kemaluan Kekasihnya Kerana Terlalu Cinta!

Cinta itu buta dan mengilakan…

Published

on

Kadang-kadang orang kata kerana cinta kita jadi buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ada juga yang kata cinta ini boleh membuatkan seseorang itu jadi ‘gila.’ Gila bayanag mungkin. Biasalah yang tengah hangat bercinta ni memang lain macam sikit, ibarat berada dalam dunia sendiri. Tapi ada juga kes disebabkan cinta dia berubah menjadi seorang pembunuh. Eh kejap, macam tak logik pula orang bercinta boleh jadi pembunuh ni. Tapi ini lah kisah sebenar yang pernah berlaku di Jepun. 

Permulaan Kisah Dalam Dunia Gheisha

Di Jepun, pada bulan April tahun 1936, seorang wanita dikatakan telah membunuh kekasihnya lalu memotong dan menyimpan kemaluan kekasihnya itu kerana terlalu cinta. Wanita yang bernama Sada Abe merupakan seorang pekerja Geisha yang telah melarikan diri. Dikatakan keluarganya yang memaksanya untuk menjadi Geisha sebagai satu bentuk hukuman kerana mempunyai beberapa kekasih ketika dia masih remaja. Kekasih Abe pula, Kichizo Ishida telah mengenali Abe beberapa bulan sebelum dia dibunuh oleh Abe. Selepas Abe melarikan diri daripada pekerjaan sebagai Geisha, Ishida mengupah Abe untuk bekerja sebagai pelayan di restorannya. Seterusnya dari situ mereka berkenalan. 

Selepas beberapa lama Abe bekerja di situ, akhirnya mereka jatuh cinta. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya Ishida sudah pun mempunyai isteri. Ishida dan Abe tidak begitu mempedulikan hakikat itu dan mereka pun sering tidur di hotel untuk bersama. Lepas mereka selesai ‘bercinta’ di hotel, Ishida pun pulang ke rumah isterinya. Abe pula menjadi cemburu yang amat sangat sehingga dia mula minum minuman keras untuk memabukkan dirinya. Pada bulan berikutnya, Abe membeli sebilah pisau dan mengugut untuk bunuh Ishida. Apa yang mengejutkan, Ishida yang sepatutnya berasa takut sebaliknya berasa lebih tertarik terhadap Abe. 

Kisah Percintaan Yang Menjadi Semakin Gila!

Ishida dan Abe kembali menyambung hubungan mereka yang hangat itu, dan kali ini Abe menggunakan pisau sebagai permainan semasa mereka melakukan hubungan seksual. Semasa melakukan satu hubungan seksual, Abe sengaja meletakkan pisau pada kemaluan Ishida, seolah-olah ingin memotong kemaluannya jika Ishida pulang semula kepada isterinya. Ishida tidak kelihatan takut, malahan menyukai elemen bahaya dan ganas dalam hubungan seksualnya. Ishida menyatakan kepada Abe yang dia suka dicekik semasa melakukan hubungan intim, dan tanpa disedari idea untuk mencekik Ishida sehingga mati telah tertanam dalam fikirannya. Dua hari kemudian, Abe mencekik kekasihnya itu semasa dia tidur sehingga mati.

Tidak cukup dengan itu, kemaluan kekasihnya itu dipotong dan disimpan di dalam balutan kertas putih. Darah Ishida digunakan untuk menulis namanya dan kekasihnya itu pada peha Ishida. Dengan menggunakan pisau, Abe mengukir namanya pada tangan Ishida. Selepas selesai, Abe keluar dari hotel dan meninggalkan mayat Ishida di bilik hotel. Tapi kemaluan Ishida yang dipotong itu di bawanya bersama. Abe menyatakan selepas melakukan pembunuhan itu dia berasa lega dan tenang, seolah-olah beban pada dirinya sudah diangkat semuanya. 

Kegilaan Yang Tiada Penamat…

Kakitangan hotel yang mengemas bilik mereka terus ternampak mayat Ishida. Berita kematian itu tersebar cepat pada pihak media serta pihak berkuasa dan mencetuskan keadaan panik, dan bermulalah pemburuan Abe. Kelibat Abe dilihat sedang berjalan-jalan dengan santai di bandar Tokyo dan juga sempat pergi menonton wayang. Pada 20 Mei dia dikatakan telah mendaftar masuk ke hotel dengan menggunakan nama palsu. Ketika di hotel Abe menghabiskan masanya menulis surat perpisahan kepada rakan-rakannya. Dia sebenarnya sudah merancang untuk membunuh dirinya dengan melompat dari gunung. 

Sementara menunggu waktu yang sesuai untuk dia bunuh diri, Abe sempat melakukan hubungan seksual dengan kemaluan Ishida yang dipotongnya itu. Ini kerja gila!

Tak lama kemudian, polis pun tiba di hotel tempat dia menginap. Pintu bilik hotel diketuk, dan Abe dengan tenang menjemput pihak polis masuk ke dalam. Abe memberitahu identitinya yang sebenar dan menunjukkan kemaluan Ishida yang dipotongnya itu kepada pihak polis. Semasa ditanya kenapa dia melakukan perkara tersebut, Abe mengatakan bahawa dia terlalu menyayangi kekasihnya itu dan tidak mahu kekasihnya mempunyai perempuan lain. Walaupun pada hakikatnya Abe mengetahui bahawa Ishida sudah mempunyai isteri, tetapi dia tidak peduli dan terus membunuh Ishida supaya tiada wanita lain yang dapat menyentuh kekasihnya itu.

Walaupun Membunuh, Abe Tidak Dihukum Mati

Abe meminta untuk dihukum mati, tetapi pihak mahkamah menolak permintaannya itu dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Selepas dibebaskan dari penjara, Abe terus menjalani kehidupan seperti biasa walaupun ramai yang mengenalinya. Selama 20 tahun, dia bekerja sebagai pelayan, namun selepas itu pada tahun 1970 dia dikhabarkan hilang tanpa berita. Sehingga kini keberadaan Abe kekal misteri dan tidak diketahui. Kisah jenayah gilanya itu telah membuatkan dia sedikit terkenal dan terhasilnya sebuah buku berjudul autobiography serta sebuah filem berjudul A Woman Called Sada Abe.

Baca juga artikel menarik lain:

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia, Penjenayah Pedofil Dibunuh Kejam Dalam Penjara!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement