Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Wanita Hadir Ke Perkahwinan Bekas Suami Selepas Sebulan Bercerai Untuk Buktikan Kekuatan Diri

Tak semua ada kekuatan macam ni…

Published

on

Bukan kemahuan semua orang untuk melalui fasa penceraian dalam hidup dan tidak semua memiliki kekuatan untuk melaluinya. Penceraian merupakan jalan terakhir dalam perkahwinan jika benar-benar tidak jumpa jalan penyelesaiannnya. Kebiasaannya pula sesudah bercerai, masing-masing akan membawa haluan sendiri dan mungkin akan susah untuk bertemu kembali. 

Di Indonesia bagaimanapun terdapat seorang wanita yang tular video memaparkan dirinya hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya hanya selepas sebulan mereka bercerai. Bertanya tujuannya wanita itu hadir, ia adalah kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut.

@balqismoeetke nikahan mantan suami, pdhl baru sbulan akta cerai keluar##😁😁😁sabar hyungg .. smoga ada gnti yg lebih baik 😘 ##goodmoodtiaphari ##BaikUntukHarimu♬ original sound – Tiktok Ambyar – Nuansa_alam

Wanita berkenaan, Alifa Balqis memuat naik rakaman video dalam aplikasi TikTok baru-baru ini yang memaparkan dia menghadiri ­majlis perkahwinan bekas suaminya. Alifa berbuat demikian selepas sebulan bercerai dengan lelaki itu.

“Sabarlah hati, semoga saya ada pengganti lebih baik,” tulisnya pada kemas kini status di TikTok.

Menurut laporan, Alifa tidak menyangka klip videonya mendapat perhatian netizen dan menjadi tular. Dia juga berkata dia sengaja mencabar dirinya untuk hadir ke maj­lis itu kerana mahu membuktikan kepada bekas suami bahawa dia kuat dan tenang menghadapi perceraian mereka.

Dalam video sama, Alifa turut dilihat naik ke pelamin dan bersalaman dengan isteri baharu bekas suaminya seperti tiada apa-apa berlaku. Ini mungkin satu kekuatan dan keberanian yang ditunjukkan wanita tersebut. Tapi bagi yang melalui fasa kehidupan yang sama dengan Alifa, ini mungkin sedikit tips untuk move on dengan kehidupan yang baharu.

Cari Kekuatan Diri Dengan Orang Sekeliling

Jika mempunyai anak-anak, sentiasalah pandang wajah mereka dan jangan tunjuk yang diri anda lemah di depan mereka. Selain itu, dapatkan mereka yang rapat dengan anda seperti ibu bapa atau adik beradik untuk membantu anda mengharungi fasa duka dalam kehidupan anda.

Bersosial Dan Jangan Menyendiri

Jangan terlalu mengurung diri di rumah. Bebaskan diri anda dengan mencari rakan-rakan anda atau menyertai persatuan-persatuan supaya anda dapat berjumpa dengan orang baru. Dalam masa sama, ia membantu anda untuk sibukkan diri dengan aktiviti harian dan lupakan tentang kesedihan anda.

Jangan Cepat Cari Pengganti

Walaupun perkara ini dilihat sering dilakukan oleh kaum lelaki, namun sebagai wanita sebolehnya berilah ruang pada diri dahulu untuk benar-benar sembuh. Memang diri akan berasa sunyi dengan kehilangan tersebut, namun jangan terlalu cepat untuk cari pengganti. Kadangkala sewaktu kita sedih, kita mungkin akan buat satu perkara yang kita akan menyesal. Ambil seberapa banyak masa yang diperlukan untuk pulihkan kesedihan hati.

Ketahui Hak Anda

Selesai urusan bercerai, sebagai wanita anda harus tahu hak anda seperti nafkah anak-anak. Dapatkan nasihat pakar tentang cara tuntuan melalui mahkamah. Pastikan hak anda dan anak-anak terjamin demi masa depan.

Baca juga artikel menarik lain:

Selamat Ke Guna Pisau Cukur Berkali-Kali? Ini Cara Bercukur Yang Betul Untuk Elak Kulit Rosak

Akibat Puji Wanita Lain, Suami Terpaksa Pujuk Isteri Merajuk Lebih Setahun!

 

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement