Connect with us

Semasa & Hiburan

[VIDEO] Selepas Belon Udara Panas, Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad Soal Nilai 3 Di Selangor

Bertanya soal kedai Sate sedap di Kajang, sempat juga Shukri selit guruan Nilai 3 di Selangor ya..

Published

on

Persahabatan yang terjalin di antara dua pelakon jejaka hebat tanah air ini semestinya sering menjadi perhatian orang ramai dek kerana perwatakan mereka yang dikatakan sentiasa ‘masuk air’, lebih-lebih lagi apabila mereka membuat Instagram live bersama. Siapa lagi kalau bukan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya yang tidak jemu mencuit hati orang ramai menerusi lagak spontan mereka.

Baru-baru ini. sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan gelagat Shukri dan Sharnaaz yang seakan ‘membahan’ gurauan ‘makan dalam’ mengenai isu ‘sindiran’ Nilai 3 yang terletak di Selangor. Difahamkan, Sharnaaz pada ketika itu sedang menelofon Shukri untuk bertanya mengenai kedai makanan Sate yang sedap di Kajang. Tidak menunggu lama, Shukri mengambil peluang itu untuk mengusik Sharnaaz dengan berkata kedai Sate yang sedap di makan berada di Nilai 3.

@nvrthlsjohnCredit: youtube Sharnaaz Ahmad Tv #fyp #fypシ #foryou #shukriyahaya #sharnaazahmad #youtube #sharnaazahmadtv #shukriyahayastudio♬ original sound – Rayy

Baca juga: “Azira Dah Ada Ni, Awat Hang Bisu?” – Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz di IG Live

Menerusi sedutan video yang diambil daripada YouTube Sharnaaz Ahmad TV itu, jelas menunjukkan reaksi muka Sharnaaz berubah serta-merta akibat terkejut apabila mendengar kenyataan Shukri yang seakan ‘memerli’ isu bekas adik ipar Sharnaaz, iaitu usahawan dan pengacara terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Mohd Haris Ismail yang merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.

Menerjah di ruangan komen video TikTok tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang kering gusi mendengar gurauan mereka. Malah, ada juga di antara mereka yang meminta agar Sharnaaz dan Shukri digandingkan dalam prorgam Maharaja Lawak dek kerana gelagat mereka yang seolah-olah tidak pernah serius dan sentiasa menghiburkan. Ada saja benda yang boleh menjadi gurauan mereka berdua ni, agak-agak kalau berjumpa sampai esok belum tentu habis. Hihihi..

Meskipun Sharnaaz dan Shukri amat dikenali dengan gurauan ‘kasar’ mereka, namun gurauan tersebut sentiasa mencuit hati ramai orang kan? Ini lah orang kata, kalau bercakap dengan geng masuk air, semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan.

Baca juga: “Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” – Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement