Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Peguam Kena Ada Hati Nurani” – Nikita Mirzani Mengamuk Di Kaca TV Isu Nafkah Anak

Biar mahkamah yang tentukan pihak mana yang benar…

Published

on

Dalam kalangan warganet di Indonesia mungkin insiden ini telah lama diketahui dan jadi bualan ramai. Tapi nampaknya video amukan Nikita Mirzani dalam sebuah rancangan TV baru sahaja tular dalam kalangan warganet Malaysia. 

Video yang baru sahaja tular di Twitter itu kelihatan Nikita sedang memarahi seorang peguam bernama Elza Syarief dalam sebuah rancangan TV, Hotman Paris. Pada awalnya mungkin sedikit kurang jelas tentang isu apa yang dimarahkan oleh Nikita. Namun, salah seorang pengguna media sosial menyatakan isu yang sedang mereka debatkan adalah isu tuntutan nafkah anak-anak Nikita daripada bekas suaminya, Sajad Ukra.

Dikatakan emosi Nikita tidak dapat ditahan lagi sehingga dia melepaskan segala kekecewaan dan kemarahannya kepada Elza, yang juga merupakan peguam kepada bekas suami Nikita. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa tindakan Nikita itu sedikit tidak beradab, bagaimanapun dia mempunyai alasan tersendiri.

Sudah 3 Tahun Menanggung Derita…

Dalam rancangan tersebut, Nikita menyatakan bahawa peguam kepada bekas suaminya itu tidak berlaku jujur dan menipu Nikita sejak dari awal kes tuntutan nafkah lagi. Nikita kemudian mendedahkan bahawa Elza mengatakan kes yang berlaku antara dia dan bekas suaminya itu adalah kes pengabaian anak-anak yang dilakukan oleh Nikita.

Disebabkan Elza membuat dakwaan yang tidak benar dalam rancangan itu, Nikita membidas dengan menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. 

“Surat laporan polis ada di sini, dan dia masih boleh menipu. Bukti yang ada ini, tidak ada yang ditulis mengenai pengabaian anak-anak,” jelas Nikita.

Menurut Nikita, dia tidak menerima satu sen pun duit nafkah daripada bekas suaminya itu walaupun sudah diputuskan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Sajad menyatakan dia sudah kirimkan duit nafkah kepada Nikita, namun tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan anaknya.

Dalam pada itu, Nikita turut menyatakan tidak terfikir akan ditemukan dengan Elza dalam rancangan Hotman Paris itu. Namun dia bersyukur dapat meluahkan segalanya dan berpeluang membuktikan dakwaan terhadap dia mengabaikan anak-anaknya adalah tidak benar. Emosi yang ditanggungnya selama 3 tahun benar-benar buat dia dan anak-anak tak tenang hidup.

Nikita turut menyatakan kepada Elza bahawa dia yang selama ini membesarkan anak-anak tanpa bantuan daripada bekas suaminya itu. Jadi tuntutannya kepada bekas suami adalah wajar. Bagi Nikita, seorang ibu kepada ibu sepatutnya memahami situasi yang Nikita alami. Namun menurut pandangan sesetengah warganet, peguam kepada bekas suaminya hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh anak guamnya.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Dah Guna Laser Tapi Masih Tumbuh” – Gadis Miliki Misai Dan Janggut Anggap Ia Satu Kelebihan

Kisah Seram Disebalik Lagu ‘Menanti Kekasih’ Yang Dikatakan Berhantu!

 

 

 

 

Sumber daripada: Tribun News Wiki

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement