Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Pasrah Jelah” – Pertama Kali Menari TikTok Bersama, Wajah Suami Elizabeth Tan Dikatakan Terpaksa Ikut

Nampak comel Lizzy dan suami menari bersama, cuma wajah suami macam terpaksa je…

Published

on

Bila duduk di rumah ni, berbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bosan. Ada yang menonton filem, bermain game, kemas rumah, dan juga ada yang habiskan masa dengan membaca buku. Tapi disebabkan sekarang adalah zaman media sosial, jadi majoritinya menghabiskan masa di media sosial seperti di Twitter, Facebook, dan juga TikTok.

Mungkin itu juga antara perkara yang dilakukan oleh penyanyi Elizabeth Tan yang dilihat memuat naik satu video TikTok di Instagramnya. Apa yang menarik, video tersebut dilakukan bersama suaminya, dan mereka dilihat melakukan pergerakan tarian seirama itu untuk pertama kali di aplikasi TikTok. Memang nampak comel lihat pasangan tersebut melakukan tarian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Baca juga: Netizen Teka Dah Mengandung Selepas Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Elizabeth Tan…

Bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak kena dalam video itu. Menurut wargamaya, wajah suami Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, seperti tidak rela untuk menari bersama dalam video tersebut dan kelihatan seperti terpaksa. 

“Saya paksa dia buat ni dengan saya,” ujar Lizzy di ruangan kapsyen seperti memberitahu memang dia meminta suaminya untuk turut serta dalam video tersebut.

Walaupun nampak terpaksa, tapi tarian suami Lizzy tidak nampak kekok. Dalam pada itu, rata-rata memuji mereka yang kelihatan secocok dan comel bersama. Menari bersama pasangan untuk menghilangkan bosan pun satu aktiviti yang seronok. Mungkin anda boleh cuba juga di rumah.

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement