Connect with us

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Macam Lag Tapi Kipas Smooth Je” – Netizen Terhibur Gelagat Pelajar Pura-Pura ‘Tersekat’ Semasa Kelas Online

Pelajar dilihat berpura-pura tersekat seperti menghadapi masalah teknikal apabila namanya dipanggil untuk menjawab soalan…

Published

on

Memang diakui musim pandemik COVID-19 ini telah mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian kita. Tidak ada lagi perjumpaan secara fizikal dan kebanyakkan kerja dilakukan secara atas talian. Ini termasuklah para pelajar di sekolah dan juga di universiti yang terpaksa mengambil pendekatan kelas secara atas talian untuk meneruskan pembelajaran mereka. Memang agak sukar, namun itulah cabaran yang harus ditempuhi.

Bagaimanapun, mungkin disebabkan kelas secara atas talian ini memberi ruang buat para pelajar untuk berada di kediaman masing-masing, jadi bagi pelajar yang sedikit ‘nakal’ tentu akan memikirkan cara untuk mengelak daripada menjawab soalan ditanya oleh guru. Kalau di dalam kelas biasa (secara fizikal) memang tak ada cara lain untuk elak daripada jawab soalan apabila ditanya. 

Baca juga: “Ramai Tak Nak Buat Swab Test” – Penduduk Kampung Dikatakan Degil, Terpaksa Pergi Rumah Ke Rumah Buat Ujian Calit

Menerusi perkongsian video di TikTok ini, seorang pelajar ini dilihat berpura-pura tersekat seperti menghadapi masalah teknikal apabila namanya dipanggil untuk menjawab soalan. Bagaimanapun, helah pelajar tersebut nampaknya mungkin dapat dihidu oleh pensyarahnya. 

“Pelik eh Rahman, awak macam tersekat tapi kipas awak nampak smooth je dari tadi,” kata pensyarah tersebut yang sepertinya sedar helah pelajarnya.

Sejurus itu, pelajar yang dikenali dengan nama Rahman itu terus kelihatan terkejut kerana helahnya telah kantoi. Mungkin nampak bijak untuk pura-pura tersekat apabila ditanya soalan, tapi kipas pula yang kantoikan helahnya. 

Sementara itu, wargamaya yang lain juga terhibur dengan gelagat Rahman dalam perkongsian videonya itu. Tapi tak apalah asalkan para pelajar masih lagi mampu hadir ke dalam kelas secara atas talian itu. Sebab ada juga sebilangannya yang mengelak terus untuk hadir dan hanya membiarkan diri kelihatan ‘online’ sahaja. 

Baca juga: “Tak Mati Pun Kuarantin Sekejap” – Wujud Golongan Silent Carrier, Netizen Salahkan Audio Tersebar Di WhatsApp

Sumber daripada: TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement