Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Kejap Utara, Kejap Pantai Timur” – Loghat Abang Polis Curi Perhatian, Buat Ramai Keliru

Memang keliru betul bila dengar loghat abang polis ni. Pantai timur ke utara ni, atau Pattani…

Published

on

Memang untung sebenarnya jadi rakyat Malaysia ni. Bukan setakat berbilang kaum dan bahasa yang membuka ruang kita untuk mempelajari dan memahami bahasa-bahasa lain. Tapi pelbagai loghat juga wujud di Malaysia, sampaikan ada satu ketika kita keliru dengan apa yang cuba disampaikan.

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang abang polis yang sedang menasihati dua kanak-kanak berusia 9 tahun untuk pulang ke rumah daripada bermain di luar tatkala musim COVID-19 ini. Mujur kanak-kanak tu tak dibawa ke balai, dan abang polis pun hanya memberi nasihat seperti seorang ayah menasihati anak-anaknya.

Apa yang menarik dalam video tersebut, adalah perbualan mereka yang kedengaran seperti menggunakan loghat utara, tapi ada beberapa perkataan seperti loghat Terengganu atau pantai timur. Memang menarik bila dengar perbualan mereka dalam loghat tersebut, tapi lama-lama buat warganet keliru pula.

Image via: Twitter

Sementara itu, seorang warganet menjelaskan bahawa loghat mereka memang begitu kerana di Kedah terdapat dua loghat. Satu loghat Kedah biasa, dan satu lagi loghat orang-orang Sik dan Baling di Kedah. Ia juga turut dikenali sebagai dialek Melayu Reman. Loghat ini dikatakan lebih ke arah bunyi-bunyi seperti orang Pattani. Jadi sebab tulah bunyinya agak mengelirukan.

“Memang loghat kami macam ni, lebih ke arah Pattani. Jadi kalau datang Kedah jangan keliru kalau jumpa orang cakap bahasa ni,” ulas salah seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga warganet yang teruja mendengar loghat seperti yang dituturkan oleh abang polis tersebut. Mungkin rasa seronok dapat mendengar loghat yang jarang dituturkan ini, atau mungkin memang ramai yang suka dengan loghat orang-orang utara. Tapi bagi orang Kedah sendiri, ada juga yang tak berapa faham dengan loghat atau dialek Melayu Reman ni.

Bagaimanapun, perbualan abang polis tu tidaklah sukar untuk difahami. Selain itu, tindakan abang polis tersebut yang menasihati kanak-kanak itu dengan cara baik patut dipuji. Apa-apa pun, kita pun patut ikut nasihat abang polis tersebut untuk duduk di rumah kalau tiada urusan penting di luar.

Baca juga artikel menarik lain:

Dapat I-Sinar Kemudian Melabur, Rugi Ke Tak?

Akibat ‘Kurang Cerdik’ Buang Sampah Merata, Penguatkuasa Temui Alamat Rumah Pada Sampul Kurier

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement