Connect with us

Semasa & Hiburan

[VIDEO] Jebat Jayden ‘Payung’ Lagu Kegemaran, Netizen Terhibur Lihat Telatahnya Dengan Sharnaaz Ahmad

Memang comel tengok Jebat Jayden ni nyanyi lagu kegemarannya…

Published

on

Telatah anak-anak kecil ni memang sentiasa dapat menghiburkan kita yang dewasa ini. Dengan kecomelan wajah, gelagat yang bersahaja, kita yang melayan dan melihat ni pun turut terhibur. Di media sosial pula, anak-anak artislah yang sering menjadi perhatian dengan pelbagai video dan gambar dimuat naik oleh ibu bapa mereka.

Terbaharu, Sharnaaz Ahmad membuat perkongsian video comel anaknya, Jebat Jayden Ahmad, menyampaikan lagu kegemarannya. Dalam video ringkas itu, Jebat dilihat seronok apabila Sharnaaz menyanyikan lagu ‘Chan Mali Chan’ sehingga dia dapat menyambung lagu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Memandangkan anda semua tak pernah dengar lagu kegemaran Jebat Jayden, kali ini Mamu ‘payung’ satu kali. Tapi pastikan anda semua tengok sampai habis,” tulis Sharnaaz di ruangan kapsyen.

Memang comel sungguh melihat telatah Jebat bersama ayahnya itu sambil menyanyikan lagu ‘Chan Mali Chan’. Dalam pada itu, rakan artis dan juga wargamaya lain turut menghujani ruangan komen dengan menyatakan betapa comelnya Jebat.

Selain kecomelan Jebat, nyanyian Jebat juga turut dipuji sehingga ada yang terus minat dengan lagu yang dinyanyikan oleh Jebat ini. Tapi rata-rata berasa geram dengan kecomelan Jebat Jayden dengan pipi kemerah-merahannya itu. Kami doakan agar Jebat Jayden dapat membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang daripada ahli keluarga. 

Baca juga artikel menarik lain:

Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

“Tak Sakit Pun” – Perkongsian Berani Pengalaman Sedut Lemak, Netizen Ngeri Lihat Lemak Zarina Anjoulie!

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement