Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO]”Harap Daddy Tak Marah” – Anak Nora Danish Buat Video Siap Pakai Tudung Buat Netizen Geli Hati

Memang comel sungguh tengok anak Nora Danish menggayakan scarf tu…

Published

on

Siapa je tak kenal dengan pelakon jelita tanah air ini, Nora Danish, yang gemar berkongsikan video-video TikTok di media sosialnya. Gelagatnya menari juga sering mencuri tumpuan wargamaya. Mungkin kerana mempunyai penampilan yang bergaya serta comel, jadi ramailah juga yang menonton video yang dikongsikan Nora.

Terbaharu, Nora memuat naik video Reels di Instagram yang memaparkan anaknya sekali, iaitu Mohamed Neqayl Nadem. Memang lucu melihat video tersebut dengan gaya anak beranak itu yang menukar gaya memakai scarf. Aksi bersahaja Neqayl miming lagu dalam video itu juga dilihat lucu, beserta penampilannya yang memakai scarf itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan video kreatif yang dihasilkan Nora itu. Siap ada yang kata comel gaya anak Nora mengenakan scarf dengan aksi miming yang bersahaja.  

Sementara itu, Nora juga sempat berseloroh di ruangan kapsyen dengan mengatakan harap suaminya tidak marah kerana menghasilkan video itu. Mungkin tidak ada yang marah sebab video tersebut hanya gurauan dan hiburan semata-mata. Tapi memang lucu apabila melihat aksi mereka dalam video itu. 

Baca juga: “Berlakon Jadi Gedik Pun Orang Tak Kecam” – Netizen ‘Geram’ Nora Danish Tak Dimamah Usia

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement