Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Bunyi Macam Ayah Nyanyi” – Gelagat Anak Stacy Dan Akim Tiru Gaya Mereka Nyanyi Curi Perhatian Netizen

Gaya nyanyian macam Akim tu memang comel betul!

Published

on

Mungkin ada yang tertanya-tanya kalau artis kahwin dengan artis, anak mereka nanti akan mewarisi bakat mereka tak bila dah besar nanti. Sebagai peminat kadang-kadang kita nak tengok legasi artis yang kita minati itu diteruskan, dan kalau mereka mempunyai anak kita harapkan anak itu dapat meneruskan legasinya. Mungkin tidak semua, namun sesetengah artis memang bakat itu akan mengalir ke dalam jiwa anak-anak mereka. 

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itulah ungkapan yang sesuai apabila melihat gelagat anak Stacy dan Akim meniru gaya mereka menyanyi. Anak sulung Stacy dan Akim, Eshaal dilihat meniru gaya mereka menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Akim. 

Baca juga: “Hang Tau Tak Aku Siapa?” – Kecoh Sekali Lagi, Tular Video Lan Pet Pet Bertumbuk Dengan Seorang Lelaki

“Bunyi dah macam awak punya ayah dah,” ujar Stacy dalam ruangan kapsyen di hantaran tersebut.

Kata Stacy lagi, setiap hari anaknya itu mendengar mereka berdua menyanyi sehingga gaya mereka juga ditiru oleh Eshaal. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan juga rakan artis memuji gaya Eshaal menyanyi yang kelihatan comel. Memang kalau dilihat gaya nyanyiannya itu ada sedikit macam Akim. Selain itu, Eshaal juga dilihat seperti menghayati lagu yang dinyanyikannya itu. 

Apa-apa pun, gaya nyanyian Eshaal memang comel. Tak sia-sia tiap-tiap hari mendengar nyanyian ayah dan ibunya sehingga boleh meniru gaya mereka. Mungkin bakat Stacy dan Akim  mengalir ke dalam jiwa Eshaal. 

Baca juga: Ambil Video Di ICU Untuk Tunjuk Situasi Sebenar COVID-19, DG Hisham Ditegur Langgar Larangan Di Hospital

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement