Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Ada Plot Twist Lah Pula” – Douglas Lim Buat PSA Vaksin Tiada ‘Arah’, Lucu Tapi Masih Ada Mesej

Memang tak sangka betul ending video PSA yang dihasilkan Douglas Lim ni!

Published

on

Kalau anda perasan, Douglas Lim kini banyak menghasilkan content lawak di media sosial yang dimuat naik ke channel YouTube miliknya. Kebanyakkan lawak-lawaknya bersahaja, tapi masih ada pengisian. Tapi video lawak terbaharu yang dikongsikan di Instagramnya ini betul-betul membuatkan ramai tak sangka ada plot twist dihujung video.

Menerusi kapsyen dalam hantaran tersebut, Douglas menyatakan ia adalah video ringkas pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang tidak ada arah. Mungkin saja-saja dilakukannya. Bagaimanapun, video tersebut seolah-olah ingin menyampaikan pesanan tentang kepentingan pemakaian pelitup muka walaupun sudah divaksin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Douglas Lim (@thedouglaslim)

Pada awal video, watak yang dilakonkan Douglas dilihat tidak memakai pelitup muka semasa mahu keluar rumah. Alasan yang diberikan adalah kerana dia sudah divaksin. Bagaimanapun, mesej yang jelas di sini adalah walaupun divaksin, pelitup muka masih perlu dipakai jika berada di tempat awam.

“Tak kisah dah vaksin ataupun belum, kacak ataupun hodoh, kalau keluar rumah tutuplah pintu,” antara skrip yang dituturkan dalam video, sekaligus menjadi plot twist PSA tersebut.

Dalam pada itu, hampir kesemua wargamaya terhibur dengan PSA tersebut dan tidak menyangka ada plot twist di hujungnya. Namun, plot twist itu juga boleh menjadi sebahagian mesej dalam PSA tersebut. Meninjau di ruangan komen, ada juga wargamaya yang kata “mesej akhir sekali tu pun betul juga, jangan lupa tutup pintu dan kunci.” 

Walaupun nampak seperti lari topik, tapi tetap ada mesej yang cuba disampaikan. Kalau anda masih  belum daftarkan vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera, bolehlah berbuat demikian. Tapi lepas dah dapat suntikan, jangan pula terus abaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kita tunggu ia dilonggarkan secara berperingkat okay!

Baca juga artikel menarik lain:

“Dipaksa Telan 10 Biji Ubat” – Pemuda Hilang Ditemui Semula Selepas Lima Hari, Dedah Detik Cemas Diculik

Bunuh Jiran Sebab Terdesak Dapatkan Duit Bayar Hutang, Mayat Mangsa Disorok Bawah Katil!

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement