Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Abang Kenapa Tak Menangis?” – Maryam Dedahkan Sudah Hamil 3 Bulan, Reaksi Ryzal Lain Macam…

Tahniah Maryam & Ryzal!

Published

on

Sebagai pasangan suami isteri, tentu menjadi sebahagian harapan kita untuk menimang cahaya mata. Bagi yang sudah menanti lama, pasti akan menyambut khabar kehamilan pertama dengan gembira. Tapi lain pula jadinya bagi pasangan influencer media sosial Malaysia-Korea ini dalam satu video yang dikongsikan mengenai kehamilan pertama mereka.

Mungkin ramai yang mengenali Maryam You Narae dan juga Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sememangnya rajin berkongsikan video telatah dan gelagat mereka di media sosial. Bagaimanapun, perkongsian terbaharu daripada mereka adalah mengenai kehamilan Maryam. 

Baca juga: “Drama Korea Sangat” – Maryam Cuba Tiru Gaya Mawar Rashid Dan Suami, Sampai Tergolek Dibuatnya

“Maryam Hamil 3 Bulan. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Namun reaksi Ryzal dalam video tersebut seperti meragui perkhabaran Maryam bahawa dia bakal bergelar seorang ayah. Menurut Ryzal, Maryam suka mengenakan atau membuat prank terhadapnya. Jadi disebabkan itu Ryzal kelihatan seperti tidak percaya. Bagaimanapun, Ryzal memaklumkan sekiranya khabar tersebut adalah benar, dia juga akan gembira dan menangis di rumah. 

Mereka juga turut menyatakan ‘Duriankimchi Junior’ bakal menyusul dan mewarnai kehidupan mereka. Dalam pada itu, ruangan komen posting tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat mereka. Kami juga turut mengucapkan tahniah buat Maryam dan Ryzal dan semoga kehamilan pertama ini dipermudahkan. 

Baca juga: “Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement