Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “5 Jam Bagaikan 5 Hari” – Gelagat Anak Shuib Tunggu Waktu Berbuka Buat Netizen Terhibur

Memang comel gelagat anak Shuib ni duduk depan peti ais menahan lapar dan dahaga…

Published

on

Siapa yang ada anak-anak tu tentu berbeza bulan Ramadan ini sebab dalam kita berpuasa, kita juga ada tanggungjawab mendidik anak kita erti berpuasa. Lain orang lain caranya. Ada yang didik anak untuk puasa setengah hari dahulu sebagai permulaan. Ada juga yang diminta puasa penuh tapi harapkan ganjaran seperti mainan di kemudian hari. Tidak kiralah cara yang mana, asalkan anak-anak sudah mula faham akan ibadah wajib ketika bulan Ramadan.

Tapi gelagat anak-anak waktu bulan puasa ni kadang-kadang memang pening kepala kita tengok. Menerusi perkongsian video di Instagram milik selebriti terkenal, Shahmira Muhamad, atau lebih dikenali dengan nama Shuib Sepahtu, dapat dilihat bagaimana gaya anaknya menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Baca juga: [VIDEO] “OK Ke Tak Tu?” – Zara Zya Buat Peminat Risau Menari Dengan Kucing Sampai Berdarah Hidung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Memang nampak macam dah tak tahan sangat apabila anaknya, Ariq Matin, dilihat terduduk di hadapan peti ais dek kerana tak tahan berpuasa. Wajahnya yang seperti ‘nyawa-nyawa ikan’ itu juga turut membuatkan wargamaya lain rasa terhibur.

“Sayang, dah teruk sangat dah tu. Sikit lagi ye. Lagi 10 minit je,” ujar Shuib dalam video tersebut, namun di ruangan kapsyen Shuib menyatakan masih ada lagi 5 jam sebelum waktu berbuka. 

Sementara itu, rakan-rakan artis dan juga wargamaya lain turut terhibur dengan gelagat anak Shuib dan juga Siti Sarah Raisuddin yang baru sahaja berumur 6 tahun. Ramai juga yang meninggalkan komen dengan menyatakan gelagat Matin kelihatan comel. Dalam pada itu, pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak turut berseloroh di ruangan komen “Sebab tu aku puasa dulu duduk artantik dan kepulauan hawaii.”

Baca juga: Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement