Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Usaha Perangi Bakteria Bahaya Dengan Hasilkan Smartphone Boleh Cuci Guna Sabun

Ni bukan telefon ‘sabun’ yang pernah popular dulu ye…

Published

on

Rasanya kita semua dah tak boleh nak berpisah dengan smartphone kita. Daripada untuk hiburan sampailah ke urusan kerja, smartphone ni dah kira sebagai alat yang penting dalam kehidupan seharian. Tapi kalau nak tahu smartphone kita juga merupakan ‘objek’ yang paling banyak mempunyai kuman.

Disebabkan smartphone yang kita ada ni tidak boleh dibasuh dengan sabun untuk dibersihkan daripada segala bakteria yang melekat, maka sebuah syarikat pengeluaran telefon bimbit yang berpangkalan di Reading, United Kingdom (UK)  berjaya mencipta telefon pintar anti bakteria pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi menghentikan penyebaran kuman.

Menurut laporan, telefon pintar yang dinamakan sebagai Cat S42 masih di peringkat awal pembuatan, namun mempunyai ketahanan lebih kuat dan lama serta pelbagai fungsi berbanding gajet lain. Telefon tersebut boleh dibeli dengan harga 229 pound (RM1,243) seunit setiap satunya dilengkapi dengan teknologi anti bakteria Biomaster dan dijangka berada di pasaran pada awal 2021.

Rasanya memang sesuai sangat kalau ada telefon pintar yang macam ni dalam kita nak memerangi wabak COVID-19. Syarikat yang membangunkan telefon tersebut iaitu Bullit berharap dapat membawa ciri yang sama ke dalam telefon siri Cat pada akhir tahun depan dengan harga 380 pound (RM 2,063) untuk siri S52 dan 599 pound (RM3,252) bagi S62 dengan teknologi pengimejan termal.

Selain itu, syarikat Bullitt turut mendakwa ejen anti mikro bakteria Biomaster boleh mengurangkan bilangan bakteria sebanyak 80 peratus dalam masa 15 minit dan 99.9 peratus dalam masa 24 jam. Perkara tersebut turut ditegaskan Naib Presiden Bullit Group, Peter Cunningham yang memaklumkan telefon pintar itu direka untuk tahan lasak. Kalis air serta boleh dicuci secara berkala dengan sabun dan air.

Mungkin siapa yang nak mencari telefon pintar yang boleh dicuci dengan sabun, boleh pertimbangkan untuk beli telefon ni nanti. Tambahan lagi, ciri-ciri yang dibina itu dikatakan sangat penting buat mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan atau penjagaan sosial kerana sering ke pelbagai tempat sebagai skop kerja.

Baca juga artikel menarik lain:

Lelaki Ini Relakan Diri Jadi ‘Punching Bag’ Untuk Perolehi Pendapatan Lumayan

Penjawat Awam Diejek Dan Dicaci Kerana Memiliki Nama ‘Corona’

 

 

 

 

Sumber daripada: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement