Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Upin Ipin Trending Di Indonesia Gara-Gara Berambut Lebat Dalam Episod Terbaharu

Ramai betul peminat Upin dan Ipin ni di Indonesia, sampai mereka tumbuh rambut pun boleh jadi sohor kini…

Published

on

Watak Upin Dan Ipin ini memang sangat terkenal sehingga ke negara jiran kita. Memang tak dinafikan walaupun ianya cerita yang dikhaskan untuk tontonan kanak-kanak, namun ia tetap mempunyai peminat dalam kalangan penonton dewasa. Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, kecoh dibuatnya apabila Upin dan Ipin yang terkenal dengan gaya kepala botak secara tiba-tiba memiliki rambut yang lebat.

Bagaimanapun, episod yang mengejutkan itu tidak menjadi sohor kini di Malaysia, tetapi di negara jiran kita iaitu Indonesia. Dalam episod yang bertajuk ‘Tumbuh Rambut’ itu memaparkan bagaimana watak Ehsan dan Fizi yang asyik berswafoto dengan gaya rambut baru telah membuatkan Upin dan Ipin mahukan juga memiliki rambut lebat. 

Apabila Ehsan dan Fizi tidak mahu memberikan krim ajaib kepada mereka, Upin dan Ipin pun memakai ramuan rambut lebat dari Tok Dalang. Hasilnya, memang lebat betul rambut Upin dan Ipin sehingga membuatkan Tok Dalang sendiri terkejut dengan hasil ramuan yang diberikannya.

Dalam pada itu, topik berkenaan rambut Upin dan Ipin terus menjadi trending di Indonesia dengan rata-rata warganet di sana terkejut dengan perubahan mendadak itu. Ada juga yang rasa bingung melihat rambut lebat Upin dan Ipin. Mungkin agak pelik melihat watak Upin dan Ipin berambut lebat, namun mereka berdua tetap kelihatan comel dengan karakter masing-masing.

 

Baca artikel menarik lain:

[VIDEO] “Rumah Nenek Aku Yang Jatuh Tu” – Tanah Runtuh Di Pasir Mas, Empat Buah Rumah Musnah!

Netizen Ucap Selamat Tinggal Buat NTV7, Sarimah Ibrahim Imbas Memori Bersama Stesen TV Tersebut

 

 

 

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement