Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Umur Baru 9 Tahun, Youtuber Ni Dapat RM 119 Juta Bayaran Tertinggi Sepanjang 2020

Betul-betul dia tapau!

Published

on

Menjadi youtuber adalah antara obsesi segelintir masyarakat masa kini. Ada yang bermula dengan hanya suka-suka, ada juga yang melihat ianya sebagai kerjaya untuk meraih keuntungan.

Ternyata, tiada had umur ataupun syarat menyusahkan untuk menjadi seorang Youtuber kerana seorang kanak-kanak beusia 9 tahun ini berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 119 juta sepanjang 2020 antara bayaran tertinggi daripada Youtube. Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Ryan dengan youtube channel ‘Ryan’s World’ dikenali dengan content video unboxing permainan dan sehingga kini ryan telah pun mempunyai subscriber sebanyak 27.7 juta.

Content yang dihasilkan sungguh comel dan tertanya si cilik ini mempunyai sokongan kuat daripada keluarga kerana editing grafik yang digunakan sungguh comel. Bukan Ryan sahaja, malah ibu bapanya juga merupakan Youtuber yang aktif dan dikatakan mereka mempunyai Sembilan saluran yang berbeza dengan jumlah subscriber yang besar di Youtube!

Wow, mereka benar-benar serius dengan berkarya kerana ia benar-benar menguntungkan!

Menurut sebuah portal, Ryan juga telah menandatangai perjanjian untuk siri TV di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dollar. Fuh! Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

 

Baca juga:

“Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

Wajib Baca! Ini Penerangan Pejabat Mufti Berkaitan Isu Muslim Memakai Hiasan Hari Krismas

 

 

 

 

 

Sumber: firstpost

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement