Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

(VIDEO) Umur 23 Tahun 25 Anak, 40 Tahun Wanita Ini Ada 44 Orang Anak Kandung!

Ini betul-betul subur ni!

Published

on

Mak aih! Kalau 40 tahun 44 anak, takkan setiap tahun dia beranak?

Ini semestinya tidak normal dan hakikatnya tidak semua wanita mudah untuk hamil. Ada yang perlu menunggu sehingga berpuluh tahun semata-mata untuk seorang cahaya mata. Namun ada juga yang diberikan rezeki mempunyai 44 orang anak pada usia 40 tahun. Ini bukan rekaan malah adalah kisah benar yang berlaku di Uganda. 

Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu bahawa kesuburan melampau Mariam berkemungkinan besar disebabkan genetik.”

Menurut sebuah portal, seorang wanita berusia 40 tahun dari daerah Mukono, Uganda digelar wanita paling subur di negara Afrika setelah melahirkan 44 orang anak. Mariam Nabatanzi telah melahirkan enam pasangan kembar, empat kembar tiga, tiga kembar empat dan beberapa kelahiran tunggal. Daripada 44 anak yang dilahirkan, 38 masih hidup dan kebanyakan mereka masih tinggal bersamanya. 6 lagi cahaya matanya telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan. Walaupun Mariam adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai keluarga besar, dia masih mampu memberikan makanan yang cukup untuk anak-anaknya.

Kahwin Umur 12 Tahun

Kehidupannya yang penuh duka dan hidup dalam kesukaran bermula sejak berumur 12 tahun, apabila berkahwin dengan lelaki yang berusia 28 tahun lebih tua daripadanya. Sebelum itu dia pernah berdepan dengan percubaan untuk dibunuh oleh ibu tirinya sendiri. Dia mendakwa ibu tirinya itu telah meletakkan kaca yang dihancurkan dalam makanan dan berjaya membunuh empat adik-beradiknya yang lain. Dia terselamat kerana pada masa itu dia tiada di rumah. Tetapi ibu tiri dan bapanya berjaya ‘membunuhnya’ dengan mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang lebih tua. Suaminya itu seorang yang baran dan seringkali menyerangnya setiap kali dia bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

Suami Mariam berkahwin ramai dan mempunyai ramai anak hasil hubungan masa lalu tetapi dia harus menjaga mereka juga kerana ibu mereka entah ke mana. Mariam melahirkan anak pertamanya, sepasang kembar, pada 1994, ketika berusia 13 tahun. Dua tahun kemudian, dia mendapat kembar tiga dan hampir dua tahun selepas itu dia mendapat kembar empat. Walaupun ini mungkin luar biasa bagi kebanyakan orang, dia tidak berasa aneh kerana dia telah melihat kelahiran yang ramai sebelum ini. Bapanya mempunyai 45 anak dengan beberapa wanita dan dia mendakwa bahawa mereka semua terdiri daripada kembar lima, empat, tiga dan dua.

Masalah Genetik

Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu Daily Monitor bahawa kesuburan melampau Nabatanzi berkemungkinan besar disebabkan genetik.

Kesnya adalah kecenderungan genetik kepada hyper-ovulate (melepaskan banyak telur dalam satu kitaran), yang mana ia ketara meningkatkan peluang gandaan, ia biasanya disebabkan genetik.”

Nabatanzi selalu mengimpikan mendapat kembar enam, tetapi apabila hamil kali keenam, dia telah melahirkan seramai 18 bayi dan membuat keputusan untuk berhenti mengandung. Dia pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan, tetapi setelah menjalani beberapa ujian, pakar sakit puan memberitahunya bahawa sebarang langkah berkaitan kesuburannya akan menimbulkan risiko dalam kehidupannya juga kesihatan dirinya.

Ia bukan sahaja mengancam sistem pembiakan tetapi juga berisiko membuatkan dia kehilangan nyawa,” Dr Ahmed Kikomeko dari Hospital Umum Kawempe mengesahkan.

Mariam dinasihatkan untuk terus menghasilkannya (telur) mengikut apa jua permintaan badannya kerana menghalangnya bermakna dia akan mati. Dia pernah cuba menggunakan alat pencegahan kehamilan iaitu peranti IUCD tetapi dia jatuh sakit dan muntah dengan banyak. Perasaannya ketika itu terasa hampir menemui ajal. Dia menanggung sakit selama sebulan.

Menjelang usia 23 tahun, dia sudah mempunyai 25 orang anak, jadi dia pergi ke hospital sekali lagi, tetapi diberitahu tiada apa yang dapat dilakukan, kerana bilangan telurnya masih tinggi. Bagaimanapun, Dr Kiggundu mendakwa terdapat prosedur yang boleh dilakukan untuk mencegah wanita itu hamil, tetapi menambah ramai yang tidak tahu mengenainya. Kesuburan melampau Mariam akhirnya berakhir pada Disember 2016, selepas melahirkan bayi terakhirnya, yang mana doktor memberitahunya bahawa peranakannya telah dipotong dari dalam. Sukar untuk membayangkan bagaimana seorang ibu membesarkan 38 anaknya sendirian, tetapi Mariam berjaya melakukannya.

Suami Mariam hanya pulang setahun sekali dalam keadaan mabuk dan ganas. Dia langsung tidak menyara keluarganya malah tidak tahu semua nama mereka. Mariam masih cekal teruskan kehidupan kerana ibu saudaranya menasihatkan dia supaya bertahan dalam perkahwinan dan fokus terhadap anak. Mariam juga dinasihatkan supaya tidak hamil dengan lelaki berlainan.

Untuk menyara keluarganya, Mariam akan melakukan pelbagai kerja. Dia mendandan rambut dan menggayakan pengantin untuk majlis perkahwinan, serta menjaga hiasan untuk pelbagai acara. Semua perbelanjaan keluar dari poketnya sendiri. Dia perlu membeli 10kg tepung jagung sehari, 4kg gula sehari dan tiga ketul sabun. Dia memerlukan sekurang-kurangnya Shs100,000 (RM108) sehari untuk pastikan keluarga dalam keadaan baik.

“Tuhan baik kepada saya kerana mereka tak pernah sehari pun hidup tanpa makan,” katanya.

Semoga kehidupan Mariam sekeluarga bertambah baik selepas ini setelah masing-masing boleh berdikari.

 

Baca juga:

Maaf Tak Dapat Besarkan Atas Sebab -Tinggalkan Anak Dalam Kotak

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah…

 

 

 

 

 

 

Sumber: youtube,  Lifestyle Okezone mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement