Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ubah Suai Tayar Kereta Jenis ‘Kepak’ Sampai Boleh Kena Penjara? Ini Penjelasannya…

Kenderaan yang menukar tayar jenis ‘kepak’ atau hellaflush akan dikenakan tindakan undang-undang…

Published

on

Dalam keadaan sekarang ni, rasanya ramai yang tak tukar kereta baharu. Tapi kereta sedia ada nampak macam membosankan pula. Jadi daripada beli baharu, mungkin ada yang lebih gemar buat pengubahsuaian pada kereta sedia ada. Bagaimanapun, kecantikan kereta ni subjektif. Mungkin di antara kita boleh terima dengan modifikasi kereta yang nampak cool, dan ada juga merasakan ianya keterlaluan. Tapi itu terpulang kepada pemilik kenderaan tersebut.

Di sebalik pengubahsuaian kenderaan tu, sebenarnya ada juga yang melanggar undang-undang. Contoh yang paling jelas adalah cermin tinted gelap dan juga nombor plat yang tidak ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ada juga trend terkini kita boleh lihat ramai penggemar kenderaan modified yang meletakkan tayar seperti ‘mengepak’ atau ‘kangkang’ pada kenderaan. Dalam bahasa inggerisnya kita panggil sebagai hellaflush. Tapi nak nampak cantik punya pasal, tanggunglah sendiri bila kena saman.

Kenapa Tayar Hellaflush Salah Di Sisi Undang-Undang?

Bagi pengubahsuaian tayar kepada jenis hellaflush ni, apa sebabnya pula yang membuatkan ia salah sehingga boleh dikenakan saman atau denda? Menurut penjelasan Ts. Ahmad Noor Syukri Zainal Abidin, Ketua Unit Pengoperasian dan Pengurusan Data Kemalangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), tayar jenis ini dari segi spesifikasi keselamatan jalan raya sebenarnya boleh mengundang bahaya. Disebabkan chamber tayar tu terlalu condong, maka bunga pada tayar akan cepat haus. Dalam keadaan tak sedar pula, ia memberi kesan kepada cengkaman tayar, yang mana akan menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaannya.

Tambahnya lagi, budaya hellaflush ini lebih kepada nak nampak cantik sahaja, tanpa mengendahkan aspek keselamatan. Jadi bila tayar tu berada pada sudut terlalu condong, ia akan membawa kerosakan-kerosakan lain juga seperti kerosakan absorber dan lain-lain. Tapi bagi brader-brader yang suka ubah suai kenderaan tu, mesti guna tayar hellaflush ni sekadar nak nampak lawa je.

Boleh Dipanggil ke Mahkamah Dan Dikenakan Tindakan Undang-Undang!

Memang niat asal sekadar nak bagi kereta nampak cantik, tapi hakikatnya ia melanggar undang-undang jalan raya yang mana kita boleh didenda atau dimasukkan ke dalam penjara. Menurut Tuan Khairul Anwar Bachok, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pengubahsuaian tayar kepada jenis hellaflush itu sememangnya tidak dibenarkan sama sekali. 

Dari penjelasan beliau, kenderaan di Malaysia ini sebenarnya perlu mendapat kelulusan daripada JPJ dahulu berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan. Jadi bila pengubahsuaian itu tidak sesuai dan tidak praktikal, maka ia tak dibenarkan berada di atas jalan raya Malaysia. Terdapat juga laporan mengatakan pada tahun 2018 dan 2019, terdapat kompaun dikenakan bagi kesalahan mengubahsuai tayar kepada jenis hellaflush. Jumlah kompaun pula dikatakan dikenakan sebanyak RM36,000. 

Dah habis duit modified kereta, tak pasal-pasal kena bayar denda pula. Dibawah Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987, bagi kesalahan ubah suai kenderaan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM2,000 atau penjara 6 bulan, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Undang-undang ini dikuatkuasakan hanya untuk melindungi pengguna jalan raya yang lain. Jangan hanya kerana kita nak kereta nampak cantik, kita abaikan aspek keselamatan. Jadi, sebelum nak belanja mewah untuk ubah suai kenderaan, semak dahulu sama ada ianya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ ataupun tidak.

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Dapat I-Sinar Kemudian Melabur, Rugi Ke Tak?

Priyanka Chopra Dedahkan Pernah Diminta Buat Pembedahan Plastik Kalau Nak Berjaya Di Hollywood

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement