Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tular Video Pakcik Minum Air Dicampur Clorox, Ramai Persoal Tindakannya

Disebabkan video pakcik minum air peluntur ini tularlah ibu bapanya mudah percaya akan berita palsu. 

Published

on

Tolong lah perhatikan ibu bapa anda..

Inilah antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen hantaran selebriti, Zoey Rahman mengenai seorang pakcik yang memasukkan bahan peluntur iaitu Clorox ke dalam minumannya. Perkongsian Zoey tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya dan rata-rata telah meninggalkan komen kesal akan tindakan pakcik tersebut yang dilihat sangat tidak sewajarnya.

Video yang dimuat naik oleh Zoey tersebut telah menerima hampir 90,ooo tontonan dan hampir 400 komen. Zoey telah meletakkan kapsyen seakan menyatakan situasi tersebut seperti apabila seseorang tidak percaya vaksin tetapi percaya dengan kaedah yang mengarut dan memudaratkan diri sendiri. Jelas di dalam video tersebut, pakcik itu telah meletakkan beberapa titik air peluntur tersebut ke dalam dua cawan minum berisi air berwarna merah dan satu lagi berwarna coklat cair.  Apabila dia meletakkan peluntur ke dalam cawan berisi air berwarna merah, ia terus bertukar menjadi warna jernih. Ini menunjukkan kesan peluntur itu menjadi.

Baca artikel menarik lain: Dafi Didakwa Guna “Tiket” Anak Menteri Untuk Langgar SOP, Ismail Sabri Tegaskan “Tiada Siapa Terkecuali Termasuk Anak Sendiri”

Tinjaun di ruangan komen, ramai menyatakan walau apa pun niat sebenar pakcik ini, dia tidak sepatutnya minum air peluntur. Tindakannya itu akan mengundang padah dan akan menyebabkan sistem dalam badannya akan rosak. Ada yang turut memberi pandangan, anak-anak perlu pantau kelakuan ibu bapa walaupun mereka jauh di kampung kerana risau akan sifat mereka yang mudah percaya dengan berita palsu. Selain itu, ada yang juga sempat titipkan pesanan bahawa peluntur adalah untuk kegunaan luar sahaja dan ia sangat tidak sesuai untuk dicampur dalam makanan atau minuman.

Sementara itu, menurut sumber lain menyatakan bahawa pakcik ini sebenarnya seorang penjual kopi berjenama tempatan. Kopi herba tersebut didakwa boleh tawarkan racun yang ada di dalam peluntur apabila dicampurkan bersama. Bagaimanapun, masih belum ada lagi kepastian akan kesahihannya. Menerusi perkongsian sumber yang sama, ada seorang pengguna Twitter jelaskan bahawa disebabkan video pakcik minum air peluntur ini tularlah ibu bapanya mudah percaya akan berita palsu.

Video ini boleh dijadikan iktibar buat orang ramau supaya lebih peka dan pandai memilih yang mana racun yang mana madu. Janganlah sesekali kita sebarkan berita yang palsu kerana dalam diam ia mungkin boleh ‘membunuh’ orang yang mungkin percayainya.

Baca juga: “Pakai Otak Bukan Pakai Benda Ni” – Jawapan Aaisyah Jawab Soalan Matematik Buat Che Ta Rasa Nak ‘Koyak’ Mulut

Sumber: @ZoeyRahman dan @exploreasyraf

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement