Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tular Video Kahwin! Illi Najwa Minta Maaf Jahil Sehingga Ada Yang Kata Dirinya Murtad?

Ada yang mendakwa dia murtad.

Published

on

Disebabkan video majlis resepsi yang tular baru-baru ini, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique dilempar dengan pelbagai kecaman kerana dirinya yang beragama Islam dilihat berkahwin mengikut cara Punjabi dan bukannya cara Islam.

Terbaru, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.

Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya. Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Media India sebelum ini melaporkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab. Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.

Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan. Illi Najwa mengakui dia tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.

Sudah peluk Islam

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup. Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Sementara itu, kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia. Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”

Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

 

 

Baca juga:

Perogol Paling Kejam Di Korea Selatan Kini Sudah Bebas!

Sakinah Bakal Tamat Zaman Janda, Akui Akan Bernikah Dengan ‘Mat Saleh’ Mei 2021

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: bharian, hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement