Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tular ‘Malaysia King’ Buat Hal Dengan Pemandu Uber, Netizen Tak Sangka Nama Negara Digunakan Di Amerika

Disangka ada kena mengena dengan negara, kes ‘Malaysia King’ rupanya berlaku di Amerika Syarikat…

Published

on

Seolah-olah mencemarkan nama negara apabila tular seorang wanita bernama ‘Malaysia King’ berdepan dengan hukuman penjara dan denda atas kesalahan melakukan jenayah terhadap seorang pemandu Uber. Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat itu bagaimanapun menjadi tular di media sosial tempatan disebabkan namanya itu. 

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada 7 Mac di Bayview, San Francisco melibatkan sekumpulan wanita yang dilihat bertengkar dengan pemandu terbabit. Difahamkan pertengkaran tersebut berlaku kerana salah seorang penumpang tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi arahan kesihatan awam.

Bagaimanapun, salah seorang daripada rakan King dengan sengaja batuk ke arah pemandu itu. Selain itu, salah seorang penumpang menghampiri pemandu dari kawasan tempat duduk belakang turut mencuri telefon bimbit pemandu. King yang berusia 24 tahun kemudian ditahan pihak polis dengan tuduhan melakukan serangan dengan bahan kimia kaustik, bateri, konspirasi serta melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan.

Manakala, rakannya yang dilihat batuk kepada pemandu Uber, Arna Kimiai turut ditahan dan bakal menghadapi tuduhan rompakan tahap pertama, bateri dan konspirasi untuk melakukan kejahatan ke atas pemandu terbabit. Kimiai bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tiga hingga sembilan tahun atas kesalahan rompakan tahap pertama.

Sementara King dan seorang lagi temannya boleh dikenakan penjara satu tahun atau denda sebanyak $10,000 jika didapati bersalah. Itulah padahnya apabila melakukan perbuatan jahat.

Dalam pada itu, pelbagai reaksi yang dikeluarkan oleh wargamaya Malaysia kerana tidak biasa dengan penggunaan nama ‘Malaysia’ digunakan untuk nama seseorang. Ada yang juga yang sangka berita mengenai ‘Malaysia King’ ini merujuk kepada kereta Myvi yang sering buat hal di atas jalan raya, ataupun durian kerana ia merupakan raja buah-buahan di Malaysia. 

Walaupun nama ‘Malaysia’ naik disebabkan berita tersebut, ia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di negara kita. Mungkin orang di sana anggap ‘Malaysia’ itu unik untuk dijadikan sebagai nama. 

Baca juga artikel menarik lain:

Cik B Shopping Sakan Beli Hadiah Kacak, Netizen Tawar Diri Jadi Bodyguard Dan Pembantu

Naik Roller Coaster Boleh, Tapi Dilarang Menjerit!

Sumber daripada: Ladbible

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement