Trending & Hiburan
“Tuduhan Ni Sangat Berat Untuk Ditelan..” – Neelofa Tampil Bersuara Isu Tentang Hubunganya
Biasalah, hubungan mana tiada masalah.
Bila nama sudah dikenali ramai, segala gerak-geri akan diperhatikan malah, isu hubungan juga menjadi ‘bahan panas’ untuk dibincangkan sehinggakan ada yang sanggup menokok tambah sebagai ‘penyedap’ cerita.
Begitulah yang dilalui oleh usahawan terkenal, Neelofa apabila baru-baru ini hubungannya dengan pendakwah bebas, Hariz Ismail dikatakan retak.
Lebih mengejutkan lagi keluar satu kenyataan kononnya Hariz menggunakan minyak pengasih dan sudah pun bernikah bersama Neelofa di Kelantan berwalikan ayah kandungnya.
Isu ini bertambah viral apabila adik beradik Neelofa memuat naik posting insta story yang tidak menyenangkan dan unfollow Hariz membuatkan lebih banyak spekulasi yang timbul.
Perkara tersebut membuatkan Neelofa tampil bersuara menerusi akaun Instagram miliknya untuk menjelaskan isu hangat ini sebelum menjadi lebih teruk.
Menurutnya, dia sangat terkejut membaca semua andaian dan tomahan dilemparkan di sosial media yang sememangnya tidak benar terutama dirinya sedang berubat kerana terkena minyak pengasih dan duit sejumlah 100 ribu ringgit dipindahkan ke akaun Hariz.
“Tuduhan ini sangat berat untuk ditelan kerana berkaitan dengan maruah keluarga. Jadi, saya minta untuk anda semua hentikan andaian ini. Jangan lagi bercakap tentang perkara ini lagi kerana akan lebih mengeruhkan lagi keadaan,”
View this post on Instagram
Apa pun yang terjadi antara Hariz dan Neelofa, kami dari Kool FM mendoakan agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Biasalah, hubungan mana tiada masalah.
Warganet juga harus mengambil langkah untuk tidak mudah percaya dengan berita yang tidak pasti sejauh mana kebenarannya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Posting Seakan ‘Hint’ Keluarga, Menguatkan Ura-Ura Hubungan Neelofa dan Hariz Bermasalah?
“Mini love untuk ustaz ke tu?” – Background Gambar Sama, Netizen Puji Neelofa Sweet
Sumber:instagram