Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tsutomu Miyazaki – Vampire Sebenar Paling Jijik Di Jepun!

Memang gila jenayah yang di buat dulu…

Published

on

Kebiasaannya kita akan lihat vampire muncul dalam filem-filem Hollywood kerana ia memang sudah menjadi sebahagian daripada kepercayaan mereka di sana. Tapi itu hanyalah fiksyen semata-semata. Di Jepun, terdapat satu kisah berkenaan vampire yang benar-benar wujud. Dikenali dengan nama Tsutomu Miyazaki, atau lebih popular dengan nama The Human Vampire, dia merupakan pembunuh bersiri yang dikatakan gemar memakan daging mangsanya.

Image via: Youtube

Miyazaki juga dikenali sebagai The Girl Killer kerana mangsa-mangsanya adalah kanak-kanak perempuan. Menurut sumber Muderpedia, Tsutomu Miyazaki akan memakan daging-daging daripada mayat mangsanya dan selebihnya akan disimpan di dalam peti sejuk untuk dia makan kemudian. Walaupun Tsutomu Miyazaki merupakan salah seorang pembunuh bersiri paling kejam di Jepun, ramai orang antaranya ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak percaya dia boleh bertindak sekejam itu.

Dilahirkan Cacat Dan Sering Dibuli

Tsutomu Miyazaki telah dilahirkan pada 21 Ogos 1962. Tsutomu menjalani kehidupan masa kecil dengan sangat menyedihkan kerana dia dilahirkan dengan tangan yang cacat. Disebabkan itu dia selalu dibuli dan diejek oleh kanak-kanak lain di sekolah. Disebabkan sedih dengan keadaan dirinya, Miyazaki mengambil keputusan untuk menyendiri. Dia banyak menghabiskan masanya dengan membaca komik-komik fantasi dan menonton filem-filem seram. Tapi bila umurnya semakin meningkat, dia mula berubah daripada komik dan movie kepada menonton pornografi.

Dia dikatakan menyimpan lebih daripada 5700 video–video lucah dan kebanyakan video–video ini adalah video kanak-kanak. Dia jarang keluar daripada biliknya, namun apabila dia mengambil keputusan untuk keluar, dia biasanya akan pergi ke tennis court bersama dengan camera miliknya untuk menangkap gambar-gambar seluar dalam perempuan yang sedap bermain tennis. Memang perangai yang jijik!

Latar belakang keluarga Miyazaki tidaklah seteruk mana sehingga membuatkan dia menjadi seorang pembunuh keji. Ayahnya mempunyai syarikat surat khabar sendiri, tetapi Miyazaki tidak berminat untuk mengambil alih perniagaan bapanya. Disebabkan itu, Miyazaki lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik sambil menonton video–video lucah. Dalam pada itu, ibu dan dua adik perempuannya mula menjauhkan diri daripadanya dan menyatakan dia dianggap sebagai seorang yang pemalas.

Namun Miyazaki sangat rapat dengan datuknya. Miyazaki akan bercerita apa sahaja dengan datuknya dan selepas datuknya meninggal, Miyazaki mengambil keputusan untuk memakan abu mayat datuknya supaya datuknya akan sentiasa ada bersamanya.

Kematian Datuknya Memberi Tamparan Hebat Sehingga Menjadi Pembunuh!

Selepas datuknya sudah tiada, sikap Miyazaki mula menjadi lebih teruk. Pembunuhan pertama Miyazaki bermula pada 22 Ogos 1988, di mana Miyazaki telah menculik seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu sedang bermain di taman permainan di Tokyo. Dia membawa kanak-kanak tersebut ke bawah sebuah jambatan yang sunyi dan kemudiannya bertindak mencekik kanak-kanak tersebut sehingga mati.

Setelah memastikan kanak-kanak tersebut betul-betul mati, dia kemudiannya bertindak merogol mayat kanak-kanak tersebut. Setelah puas, dia mengambil pakaian kanak-kanak tersebut dan membawanya pulang ke rumah. Beberapa hari selepas itu, Miyazaki menukar rancangannya dan kembali ke bawah jambatan tersebut untuk menghapuskan mayat kanak-kanak tersebut. Dia memotong kaki dan tangan kanak-kanak itu dan membakar mayat tersebut. Dia kemudiannya meletakkan kaki dan tangan mayat itu dalam sebuah beg dan membawanya pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, Miyazaki kemudiannya menghantar sepucuk surat kepada keluarga kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan abu mayat kanak-kanak tersebut. Tindakan Miyazaki ini dilihat seperti mencabar pihak berkuasa untuk mencarinya. Beberapa bulan selepas itu, Miyazaki telah melakukan benda yang sama pada mangsa keduanya yang dijumpainya sedang berjalan seorang diri. Dia melakukan jenayahnya itu ditempat yang sama.

Membuat Rakaman Aksi Jijik Bersama Mayat!

Seterusnya mangsa yang keempat, Miyazaki menukar cara pembunuhannya. Dia masih mencari kanak-kanak perempuan tetapi tidak membunuhnya di bawah jambatan seperti kebiasaannya. Dia membawa balik mayat tersebut ke rumahnya dan selama dua hari, dia bertindak merakam video dan menangkap gambar segala aksi jijiknya bersama mayat kanak-kanak tersebut.

Tidak berhenti di situ, apabila mayat tersebut mula mereput, dia bertindak memotong tangan kanak-kanak tersebut dan membuang anggota badan tersebut dibeberapa kawasan berlainan supaya menyukarkan kerja pihak berkuasa menjejaknya. Dia juga mengaku telah memakan tangan kanak-kanak tersebut dan meminum darah mangsanya. Apa yang dia lakukan ini mungkin lebih jijik daripada vampire

Vampire Tidak Hidup Selamanya…

Akhirnya segala kerja jijik yang dilakukan oleh Miyazaki telah terbongkar apabila dia cuba mencari mangsanya yang kelima. Semasa dia sedang cuba menangkap gambar mangsanya yang kelima, ayah kanak-kanak tersebut kebetulan telah ternampak tindakan Miyazaki dan kemudian mengambil keputusan memukul Miyazaki sebelum memanggil pihak polis.

Pihak polis mengambil keputusan untuk menggeledah rumah Miyazaki dan apa yang mereka temui dalam biliknya tidak ubah seperti dalam sebuah filem cerita seram. Polis telah menjumpai beberapa video seks luar tabii miliknya bersama-sama dengan mayat mangsa sebelum ini dan juga tangan mangsanya yang disimpan dalam bilik.

Semasa sedang dibicara di mahkamah, Miyazaki tidak menunjukan sikap bersalah langsung dan percaya apa yang dia lakukan adalah satu perkara terpuji. Ayah Miyazaki telah mengambil keputusan untuk tidak membela Miyazaki semasa dia di mahkamah kerana baginya tindakan tersebut umpama menghina ahli keluarga mangsa yang telah dibunuh oleh Miyazaki. Miyakazi telah dihukum gantung sampai mati pada 17 Jun 2008 dan ayahnya telah mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana berasa malu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya.

Baca juga artikel menarik lain:

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement