Semasa & Hiburan
TRENDING! Music Video 4 Dara Kak Lina Pom Pom, Zizi Kirana Dan Faizal Tahir Luar Biasa
Nak masuk sangat kan? Haa masukkkk!
Tak sampai 12 jam upload dah trending!
Absolutely correction! Peminat setia Kampung People akan tahu ayat ini yang sering digunakan oleh Mona lakonan Elly Mazlein. Sekarang lagu 4 Dara tular apabila Elly Mazlein, Zizi Kirana dan Faizal Tahir menyanyikan semula lagu tradisional tersebut siap dengan video muzik (MV)!
Atas pemintaan ramai, syarikat rakaman Faithful Music telah menggabungkan trio ini untuk lagu berjudul Empat Dara 2020.
Walaupun hanya menggunakan green screen, tapi ia mampu memberikan kelainan kepada MV ini. Latar belakang yang digunakan sangat random dan dekat dengan hati penonton. Rata-rata netizen memberikan komen positif dan menyatakan bahawa gabungan trio ini sangat rare!
Setiap penyanyi dalam MV tersebut melengkapi satu sama lain, di mana Faizal Tahir yang spontan, Kak Lina Kepom yang tak control ayu dan Zizi Kirana telah tunjukkan sisi lainnya.
Selain daripada gabungan trio ini mendapat sambutan, bahagian kredit juga telah mendapat perhatian ramai apabila Faithful Music meletakkan element gurau di situ.
Penerbit: My Chinese Friend
Pengurus Produksi: Orangnya kecil-kecil
Makeup: Sepupu Jiran
Budak Prop: Tak Cukup Bajet
Idea Asal: Orang Kampung
Koreografer: Sendiri-sendiri
Penolong Pengarah: Tak Jumpa
Pengarah: Ah Aku Tak Suka Orang Mengarah Aku
Ada yang dah tengok ke MV ini? Part yang mana paling favorite? Apa pun, tahniah kepada Kak Lina Kepom, Zizi Kirana, Faizal Tahir dan team Faithful Music kerana berjaya buatkan sesuatu yang luar biasa!
Baca juga artikel menarik lain:
Jatuh dilambung kuda setinggi 8 kaki, Faizal Tahir tetap berdegil
Siapkan Persalinan Dalam Masa 41 Jam, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Baju Dalam MV Tok Ti
Sumber: YouTube Faizal Tahir