Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tokti Tampil Perjelaskan Isu Tular Tentang Dakwaan Pelanggaran SOP Di Majlis Tahnik

Terbaru, menerusi laman Instagram Tokti, dia ada berkongsikan satu kenyataan media bagi memberi penjelasan tentang isu yang tular ini.

Published

on

Siti Nurhaliza dilihat trending di Twitter apabila namanya disebut-sebut dan dikecam oleh wargamaya gara-gara majlis tahnik yang dilakukan buat bayi keduanya baru-baru ini. Dia dikritik kerana dikatakan tidak mematuhi SOP dengan memanggil penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang difahamkan menetap di Terengganu.

Pengadaan majlis itu sendiri dikatakan seperti tidak sensitif kepada keadaan semasa di mana rakyat sedang berduka kerana sudah lama tidak dapat pulang ke kampung dan perbezaan layanan ‘golongon kayangan’ dan ‘golongan biasa’ masih sedang rancak dibahaskan.

Baca juga: Majlis perkahwinan, akikah, hari lahir dibenarkan

Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti yang jarang dikaitkan dengan kontroversi sejak penglibatannya di dalam industri musik dan juga merupakan artis kesayangan rakyat Malaysia hari ini dikecam di laman sosial.

Terbaru, menerusi laman Instagram Tokti, dia ada berkongsikan satu kenyataan media bagi memberi penjelasan tentang isu yang tular ini.

Berdasarkan kenyataan media tersebut, Tokti berkata bahawa UAI yang didakwa merentas negeri untk ke majlis tahnik anaknya, Muhammad Afwa yang diadakan pada 26 April yang lalu adalah tidak benar. UAI kebetulan memang berada di sekitar Kuala Lumpur ketika majlis tersebut berlangsung dan bersetuju untuk datang ke majlis tersebut.

Tambah Tokti lagi, dia dan keluarga mematuhi syarat penganjuran majlis sosial dengan menjemput tetamu hanya mengikut jumlah yang dibenarkan dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung.

Tokti berkata dia prihatin dengan kejadian semasa dan cuba mematuhi peraturan dengan semampunya. Dia turut meminta maaf jika dia dan keluarga ada menyinggung mana-mana pihak dengan perkara ini dan sentiasa berlapang dada menerima nasihat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji cara Tokti menghadapi situasi ini. Ramai yang masih sayangkan Tokti dan sentiasa memberikan sokongan buatnya.

Iyalah bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak. Lagi-lagi di waktu genting kini di mana ramai yang hanya ingin mencari kesalahan antara satu sama lain mungkin kerana rasa kekecewaan atau rasa amarah yang berada di dalam diri. Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Tokti sekeluarga dan agar semuanya dipermudahkan.

Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel” –  Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik

Sumber: Siti Nurhaliza

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement