Semasa & Hiburan
Tipu Kaki Kudung Raih Simpati Mengemis, Rupanya Miliki 5 Aset Kediaman
Tak baik tipu untuk dapatkan duit cara macam ni…
Taktik licik seorang wanita di Mesir berusia 57 tahun yang berlakon menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengemis terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa. Wanita itu dikatakan telah lama mengaburi mata orang ramai dengan penampilan kaki kudungnya dan berkerusi roda bagi menagih simpati. Dia juga dikatakan aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di Mesir.
Penipuan wanita itu untuk kelihatan seperti OKU tidak cukup mengejutkan. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati wanita tersebut sebenarnya memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia. Kesemua aset ini dimilikinya daripada hasil mengemis. Dia juga dikatakan tidak mempunyai sebarang penyakit, seperti yang dipercayai orang ramai.
Selain itu, dia turut didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (lebih kurang RM793,700) dalam dua akaun banknya.
Menurut laporan, pada asalnya pihak polis di sana betul-betul menyangka bahawa wanita itu adalah OKU apabila melihat dia duduk mengemis di atas kerusi roda. Walau bagaimanapun, terdapat saksi memberitahu bahawa wanita yang dikenali dengan nama Nafisa itu dilihat berjalan dengan normal apabila selesai mengemis. Aktiviti mengemis dengan menipu seperti ini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana kerana hasil wang yang diperolehi umpama hasil wang daripada penipuan.
Baca juga artikel menarik lain:
Khabib Tinggalkan Gelanggang UFC. Ini 3 Sepupunya Yang Bakal Sambung Legasi Kejuaraan
Spectator Sukan – Laluan Menjadi Jurulatih Dan Cabaran ‘Life After Football’
Sumber daripada: Harian Metro