Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tidak Bayar Upah Buat Tatu, Lelaki Ini Diikat Pada Pokok Separuh Bogel

Kalau tak ada duit janganlah buat tatu tu…

Published

on

Itulah padahnya apabila tidak membayar upah perkhidmatan yang telah didapatkan. Kalau di kedai makan mungkin dah kena cuci pinggan. Tapi seorang lelaki di Vietnam yang gagal membayar upah mencacah tatu terima padah apabila diikatkan pada sebatang pokok dalam keadaan separuh bogel. 

Kejadian tersebut tular melalui satu foto yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan lelaki itu dalam keadaan dibalut dengan plastik pada batang pokok. Tambahan lagi, pada ketika itu suhu dikatakan pada paras -10 darjah Celsius. Sudahlah diikat dalam keadaan separuh bogel, ditambah dalam keadaan yang sejuk lagi. 

Berdasarkan gambar, lelaki itu kelihatan dipakaikan topi keledar dan sekeping kertas ditampal pada dadanya yang memaparkan teks ‘saya tidak suka bayar upah tatu’ yang ditulis dalam bahasa Vietnam.

Ingatkan Sebagai Publisiti Kedai Tatu…

Dikatakan pada awalnya orang ramai menyangka ia sebagai satu gurauan atau aksi yang sengaja diada-adakan oleh pemilik kedai tatu sebagai publisiti percuma. Bagaimanapun, pemilik kedai yang cuma dikenali sebagai NQT tampil mendedahkan kisah sebenar kejadian.

Menerusi satu kenyataan, NQT mendakwa pemuda itu berkunjung ke kedainya untuk mencacah tatu namun gagal menyelesaikan semua bayaran dan melarikan diri. Menurutnya, masih ada beberapa juta dong lagi yang belum dibayar oleh lelaki itu. Lelaki itu juga turut dikatakan mengelak daripada bertembung dengan NQT sebelum akhirnya dia diikat pada pokok.

Namun NQT memberitahu dia kemudian melepaskan lelaki tersebut atas dasar kasihan. Walaupun semua wang upah tidak dibayarkan, NQT menyatakan dia sudah memaafkan lelaki terbabit. Mungkin kisah ini sebagai peringatan untuk kita juga supaya berbelanja mengikut kemampuan kewangan semasa. 

Baca juga artikel menarik lain:

Nama ‘Harimau Menangis’ Tak Boleh Digunakan, Ibu Neelofa Daftar Trademark Resipi Tersebut…

Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement