Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“This Is Killing Me..” – Nora Danish Terkesan Tidak Dapat Berjumpa Anak Susulan Covid-19

Hati ibu mana yang tidak sayangkan anak? Jika berjauhan sekejap pun pasti terasa rindu yang teramat sangat. Inikan pula duduk serumah tetapi tidak boleh berjumpa dengan anak dan ahli keluarga dek kerana perlu kuarantin kendiri akibat terkena jangkitan Covid-19.

Published

on

Hati ibu mana yang tidak sayangkan anak? Jika berjauhan sekejap pun pasti terasa rindu yang teramat sangat. Inikan pula duduk serumah tetapi tidak boleh berjumpa dengan anak dan ahli keluarga dek kerana perlu kuarantin kendiri akibat terkena jangkitan Covid-19. Pastinya lebih menyakitkan, dekat tetapi terasa jauh. Itulah yang dirasai oleh pelakon jelita, Nora Danish apabila terpaksa kuarantin diri di rumah selepas mengetahui dirinya positif Covid-19 bermula semalam.

Baca juga:  “Jiran Yang Baik Itu Rezeki..” –  Wargamaya Terharu Dengan Jiran Banyak Membantu Ketika Dikuarantin

 

Terbaru, Nora ada berkongsikan tangkap layar perbualan antara dirinya dan suami, Nedim Nazri tentang anak mereka, Ney Ney. Menurut Nedim, Ney Ney begitu rindukan ibunya dan dia berada dalam keadaan sedih seharian. “I want to hug Mommy..I’m sad”, itulah antara perkataan yang diungkapkan. Malah, Ney Ney  juga mengigau di waktu malam dan memberitahu Nedim bahawa dia tidak gembira.

Sudah tentu sebagai ibu dan bapa, Nora dan Nedim sedih melihat keadaan anak mereka yang begitu. Nora berkata menerusi perkongsiannya di Instagram story bahawa sakit ini (rindu terhadap keluarga) membunuhnya. Dia nekad untuk kembali sembuh.

Selepas daripada perkongsian tangkap layar perbualan tersebut, Nora berkongsikan sebuah video rawak yang ditangkapnya sebelum dia terpaksa mengkuarantinkan diri. Video tersebut melihatkan anaknya Ney Ney yang berkata “10 minutes..” sambil bermain. Kata Nora menerusi perkongsiannya, dia tidak menyangka 10 minit akan menjadi 10 hari.

Nora turut berkongsikan satu gambar yang ditangkap oleh suaminya Nedim di luar pintu bilik Nora yang dikuarantin. Di hadapan pintu tersebut,  kucing kesayangan mereka yang diberi nama Grumpy dilihat berbaring dengan setia. Apabila melihat gambar tersebut, makin sedih Nora dibuatnya.

Covid-19 bukanlah perkara main-main. Ramai yang meninggal dunia akibat wabak ini. Oleh itu, jagalah diri anda dan keluarga anda dengan sentiasa mematuhi SOP dan bertanggungjawab dalam melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kita doakan semoga Nora Danish kembali sembuh dan dapat hidup seperti sedia kala.

 

Baca juga: “Dah Ambil Ujian Swab, Sempat Menular Sana Sini” –  Sikap Segelintir Masyarakat Tidak Kuarantin Kendiri

Sumber: Nora Danish

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement