Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“The Next Maya Karin” – Watak Nadia Brian Sebagai Hantu Menyeramkan Tapi Wargamaya Puji Masih Cantik!

Terbaru, Nadia Brian ada berkongsikan video yang memaparkan dirinya memegang watak sebagai hantu di dalam epilog ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ yang bakal ditayangkan semasa Syawal nanti.

Published

on

Pontianak Harum Sundal Malam yang mengangkat Maya Karin sebagai pelakon utama iaitu seorang pontianak yang kembali atas nama dendam adalah antara filem seram terbaik yang ada di Malaysia dan ia kekal dalam ingatan ramai. Jika anda pernah tengok filem tersebut anda mesti tahu ianya sangat menyeramkan. Maya Karin berjaya membawa watak pontianak dengan hebat sehingga sudah berabad berlalu pun orang ramai masih membandingkan lakonan mantapnya dengan yang lain.

Baca juga:ย Kejadian Sebenar ‘The Conjuring’ Yang Tidak Difilemkan Ini Dikatakan Lebih Menyeramkan!

Terbaru, Nadia Brian ada berkongsikan video yang memaparkan dirinya memegang watak sebagai hantu di dalam epilog ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ yang bakal ditayangkan semasa Syawal nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ๐Ÿ’ (@nadia.brian)

Ramai yang meninggalkan komen di ruangan posting tersebut. Rata-rata seram dan takut dengan perwatakan yang ditunjukkan melalui video itu. Dengan memakai kanta lekap bewarna merah dan solekan yang hebat memang nampak ‘real’ sangat lakonan Nadia.

Walaupun ramai yang seram mereka ibaratnya terpana dengan karakter hantu yang dibawa. “Jadi hantu pun cantik” itu kata kebanyakkan wargamaya. Malah, ada juga yang berkata Nadia adalah ‘Maya Karin yang kedua’.

Kedua-duanya berjaya menghayati watak hantu itu dengan baik dan apa lagi mereka ini cantik. Hantu yang cantiklah orang kata. Lakonan Nadia Brian memang sangat dipuji wargamaya.

Tak sabar pula nak tengok epilog daripada drama bersiri yang tular ini. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Nadia Brian.

 

Baca juga:ย Ini Adalah Sebab Mengapa Orang Suka Menonton Filem Seram Dan Thriller

Sumber:ย Nadia Brian

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement