Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Ramai mempersoalkan tujuan sebenar dirinya memuatnaik sendiri video tersebut di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3. Video tersebut kemudian dipadamnya dan tindakkan tersebut sungguh mengelirukan netizen.

Published

on

Walaupun baru didenda sebanyak RM 60,000 dek kerana melanggar SOP PKPB ketika majlis perkahwinannya, Neelofa seakan tidak serik dan terus mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia dikatakan ‘merentas negeri’ lagi ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ramai mempersoalkan tujuan sebenar dirinya memuatnaik sendiri video tersebut di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3. Video tersebut kemudian dipadamnya dan tindakkan tersebut sungguh mengelirukan netizen.

Baca juga: “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”-Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Di saat ini seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Masih ramai yang terpaksa menahan diri dan rindu daripada merentas negeri untuk berjumpa keluarga tersayang. Dek kerana itu juga, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘marah’ dan mempersoalkan tujuan sebenar Neelofa ke sana dan memuatnaik video tersebut.

Menurut laporan di Harian Metro, ada juga komen daripada netizen di Twitter mendakwa melihat Neelofa dan suaminya berada di lokasi Nilai 3 ketika itu.

“Hahahahaha, officemate (rakan pejabat) aku nampak diaorang tadi dekat Nilai 3. Mamber (kawan) aku send (kirim) gambar tadi dekat group, habis semua tadi was was akan pahala puasa memasing. Semua sebab Lofa,” tulis seorang warganet.

“Rentas negeri beli karpet pulak. Rasa macam baru semalam je dia kelentong konon jadikan kesalahan sebagai iktibar dan pengajaran yadda yadda,” komen seorang netizen lagi.

Sebelum ini, pernah tular tindakkan Neelofa dan suami melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke Langkawi, Kedah di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada maklum balas daripada pihak Neelofa berkaitan isu tersebut. Apa pun, peringatan untuk semua, patuhilah SOP demi keselamatan bersama. Di saat ramai rakyat Malaysia yang sedang bertarung dengan perasaan ingin pulang ke kampung halaman namun terpaksa ditahan, berjaga-jagalah dalam perkongsian kita di media sosial. Stay safe, dan elak keluar jika tiada keperluan okay!

Baca juga:

“Kantoi Bincang Nak Bantu Abang Burger Lepas Kena Kecam..”- Netizen Persoalkan  Niat Sebenar Neelofa Memuat Naik Gambar Burger

 

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement