Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Prof Muhaya pun dah tampil mohon maaf atas salah faham dan beri penjelasan isu ‘buat bodoh-bodoh’

Published

on

Minggu ini kecoh di media sosial apabila satu klip video Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tular yang memaparkan dirinya menasihatkan kaum wanita menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk cepat dapat jodoh. Ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Muhaya kerana ia dilihat seperti merendahkan intelek seorang wanita.

Bagaimanapun, Prof Muhaya tetap tampil memohon maaf serta memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut beliau, video berdurasi 56 saat yang tular itu adalah petikan dari live FB Page Prof Muahaya dan Youtube Prof Muhaya TV yang berdurasi 45 saat. Video yang bertajuk ‘Antara Cinta Dan Cita-Cita’ itu diterbitkan pada 6 Februari 2021, jadi ia merupakan satu video lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

Baca juga:“Masa Tu Akan Tiba Mommies” – Elfira Loy Mohon Maaf Buat Ramai Insecure Dengan Perkembangan Anaknya

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita,” ujar beliau.

Selain itu, Prof Muhaya yang mesra disapa Bonda juga turut menyatakan siaran live tersebut adalah bagi menjawab persoalan komen-komen dari Facebook berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga. Bagaimanapun, atas dasar tanggungjawab, beliau tetap memohon maaf atas salah faham yang timbul.

Tambah beliau, bagi yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung dalam pautan Youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta & Cita-Cita. Min kepilkan videonya di atas untuk pembaca semua tonton.

Jadi itulah kenyataan serta permohonan maaf daripada Bonda atas salah faham yang timbul. Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga turut memberikan sokongan buat Bonda atas isu yang melanda. Harap kita semua boleh ambil sikap berlapang dada dan tidak terlalu fokus pada satu-satu kesalahan. 

Baca juga: “Rancangan Jejak Rasul Bantu Saya” – Fedtri Yahya Banyak Bantu Pelajar India Ini Sehingga Skor A+ Tasawwur Islam

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement